SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI PROSES EXIT SURVEY SESI II 2021/2022 TELAH PUN DIBUKA DI UFUTURE UITM.
Untuk penilaian SuFO telah dibuka, kepada para pelajar diminta untuk melengkapkan penilaian bagi setiap subjek yang telah didaftarkan di Student Portal pada bahagian i-Learn.
Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai SuFo dan juga cara membuat penilaian secara online di laman web uFuture.
Isi Kandungan
PENGENALAN UFUTURE
Untuk pengetahuan anda, uFuture merupakan satu platform untuk menyampaikan konten pembelajaran secara online kepada mana-mana individu yang ingin menyertai kursus tanpa had kedatangan.
TUJUAN PENILAIAN SUFO
Tujuan Student Feedback Online (SuFO) adalah untuk penambahbaikan pengajaran serta pembelajaran, demi kepentingan pelajar serta UiTM supaya kualiti program dan juga akreditasi pelajar yang terjaga.
CARA MENGISI EXIT SURVEY
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengisi Exit Survey melalui laman web Ufuture:
- Anda perlu log masuk ke laman Ufuture https://ufuture.uitm.edu.my/login.
- Tekan pada simbol “triple bar” pada bahagian atas skrin.
- Scroll pilihan di bahagian kiri skrin lalu pilih “Evaluation”.
- Anda perlu pilih Exit Survey.
Sila rujuk gambar rajah yang ada di bawah:
LUPA KATA LALUAN
Sekiranya anda terlupa kata laluan untuk log masuk ke laman web uFuture, anda boleh klik ke pautan https://ufuture.uitm.edu.my/forgot lalu tekan butang RESET PASSWORD.
Sekiranya anda sedang mengalami masalah, hubungi saluran yang berikut:
- Hotline: IT Department, iCEPS: 03 – 5544 8369/03 – 5544 8174
TARIKH MELENGKAPKAN SUFO
Kepada para pelajar diminta untuk melengkapkan Student Feedback Online (SuFo) untuk sesi Mac – Ogos 2022. Tarikh akhir adalah pada 13 Jun 2022 sehingga 24 Julai 2022
Para pelajar haruslah diingatkan untuk melengkapkan SuFo mengikut tarikh yang telah ditetapkan untuk mengelakkan keputusan penilaian akhir disekat.
Para pelajar perlu melengkapkan SuFo di laman sesawang UFUTURE UiTM di pautan https://ufuture.uitm.edu.my/home/
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya para pelajar ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan kursus yang telah ditawarkan, sila layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/home/
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Malaysia
03 – 5544 8369
[email protected]