“Tiada kereta baru, tiada pembelian baharu, setiap ringgit akan dikira” – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.

Ikuti Telegram Rasmi: http://t.me/pakejbantuankerajaan

Setiap Wang Ringgit Akan Dikira




Budaya baharu yang ingin dibawa dan perlu dicontohi semua adalah elakkan pembaziran, terutamanya dalam pentadbiran baharu kerana setiap wang ringgit akan dikira.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas saya.

Guna Apa Saja Yang Ada




“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar sebelum ini juga mengumumkan tidak akan mengambil gaji dan enggan melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.

Jelasnya, ini kerana beliau ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran terdahulu.

FMT

Awani

Leave a Comment