TERKINI: Anwar Ibrahim gunting rambut

Sehari selepas Rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab dalam PRU-15, tiada parti politik yang melepasi jumlah 112 majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Hari ini Rakyat Malaysia disajikan dengan pergerakan setiap parti politik untuk mengadakan rundingan dalam membentuk sebuah kerajaan baharu.




Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hantaran terbaru di laman Facebook miliknya menunjukkan beliau sedang gunting rambut di Sg Long. Anwar pada hantaran ringkas itu memaklumkan, beliau sempat untuk singgah ke kedai gunting milik Edy, seorang pemuda yang berhijrah dari Miri.




Perkara yang menarik perhatian editor adalah reaksi dan komentar warganet menyatakan seakan ada ‘hint’ pada hantaran terbaru Anwar. Hantaran tersebut kini menerima 11 ribu ‘likes’ selepas 10 minit diterbitkan.

Screenshot 2022 11 20 224555 jpg

Sumber

Leave a Comment