Temujanji Pejabat Pos Online: Cara Permohonan Temujanji

Disini kami akan kongsikan Cara Permohonan Temujanji Pejabat Pos Online appointment di laman web portal www.pos.com.my untuk booking semasa waktu pkp malaysia bagi tahun 2021 ini.

Berita baik kepada anda semua, pejabat pos malaysia akan dibuka semula semasa waktu pkp ini agar dapat membenarkan anda semua untuk membuat pelbagai urusan yang penting di sana. Tetapi agar dapat mengelakkan kesesakan serta norma baru hari ini, sistem temujanji pejabat pos telah pun diwujudkan agar dapat memudahkan anda semua untuk membuat booking appointment secara online dan secara atas talian.

Ini akan memberikan peluang kepada anda serta pilihan kepada orang ramai untuk membuat urusan yang penting samada secara online atau datang ke kaunter pos yang berdasarkan tempahan serta booking temujanji yang telah anda lakukan.

Oleh dengan itu, bermula pada hari ini anda sudah boleh untuk pergi ke mana-mana pejabat cawangan pos malaysia baik di Kuala Lumpur Kl, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Labuan, Melaka, Selangor, Johor, Pahang, Perak, kedah, terengganu, Kelantan, Perlis, dan Pulau Pinang Penang, dengan syarat anda sudah selesai membuat temujanji serta booking secara online.

CARA MEMBUAT TEMUJANJI PEJABAT POS ONLINE

Bagi Pihak Pejabat Pos Malaysia yang telah membangunkan cara booking sistem yang berada di laman web portal mereka, www.pos.com.my temujanji secara online yang sangat mudah untuk digunakan oleh anda. Anda hanya perlu mengikuti 5 STEP YANG MUDAH di bawah, anda sudah boleh untuk berurusan di kaunter pejabat pos yang terdekat dengan anda.

STEP 1: Layari laman web portal www.pos.com.my untuk membuat temujanji online lalu tekan ikon outlet finder pos malaysia. Ianya akan memaparkan halaman seperti yang di bawah ini.

Anda boleh memilih pejabat pos di negeri mana samada di Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur Kl, Selangor, Perak, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang Penang, Kelantan, Terengganu, Perlis, serta Kedah.

Kemudian anda perlu klik link pautan ‘Book your JPJ service appointment‘ mengikut cawangan yang anda ingin pergi.

STEP 2: Akan terpapar halaman yang mana anda diminta untuk memilih urusan yang anda ingin lakukan kelak di kaunter pejabat pos, seperti pilihan yang anda telah lihat pada gambar yang ada di bawah ini.

STEP 3: Anda perlu pilih tarikh temujanji pejabat pos secara online serta masa appointment bersama dengan butiran tentang diri anda termasuk juga nama penuh, email yang sah serta nombor telefon anda.

STEP 4: Selepas anda menekan butang ‘BOOK’, dengan secara automatik anda akan menerima satu notis untuk meminta anda agar masukkan 6 kod nombor yang telah dihantar ke kotak email anda yang bertujuan untuk pengesahan email anda.

STEP 5: Selepas anda telah masukkan kod nombor tersebut, permohonan temujanji di pejabat pos secara online tersebut telah pun berjaya seperti yang tertera pada gambar yang ada di bawah ini.

Bersama-sama ini, butiran juga akan turut dihantar ke emel anda.

Simpan rekod tempahan ini lalu anda perlu bawa bersama semasa hari temujanji kelak untuk rujukan kakitangan bertugas di pos malaysia.

SOALAN LAZIM

1. Bolehkah wakil datang untuk pihak saya pada hari temujanji tersebut?

Tidak boleh sama sekali untuk mewakilkan anda.

Semoga dengan perkongsian sistem temujanji pejabat pos online ini dapat memudahkan anda, serta urusan anda dapat dipermudahkan semasa waktu pkp ini.

Leave a Comment