TSOI: Tips, Prosedur & Pengalaman Temuduga Online In-Situ SPA

TSOI: TIPS, PROSEDUR & PENGALAMAN TEMUDUGA SECARA ONLINE IN-SITU SPA 2021

Untuk pengetahuan anda semua, dalam tempoh pandemik ini terdapat beberapa prosedur terpaksa dilakukan dengan norma baharu, termasuklah juga dengan proses pengambilan kerja serta temuduga.

Ramai diantara golongan kita yang berharap agar dapat menjawat jawatan awam dan telahpun membuat permohonan di Portal SPA9.

Kepada yang telah menerima panggilan temuduga, di sini kami ingin kongsikan beberapa tips temuduga online in-situ SPA (TSOI) oleh Khairun Naimah yang dikongsikan di media sosial.

Ia sudah tentunya dapat memberi sedikit pencerahan serta dapat membantu persediaan anda.

Anda perlu rujuk perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini:

TIPS, PROSEDUR & PENGALAMAN MENGHADIRI TEMUDUGA ONLINE IN-SITU SPA (TSOI)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada anda semua.

Saya baru sahaja selesai menghadiri Temuduga Online (TSOI) SPA bagi Jawatan Penolong Pustakawan S29 pada 23/07/2021.

Jadi di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya menghadiri TSOI agar lebih ramai yang akan mendapat gambaran yang lebih jelas.

EMAIL PANGGILAN TEMUDUGA (1/3)

Saya telah menerima email panggilan temuduga pada 05/07/2021, dalam email telah dinyatakan dengan beberapa perkara PENTING:

  • Tarikh temuduga (23/07/2021).
  • Peringatan bagi melengkapkan MyResume di https://myresume.spa.gov.my/
  • LAMPIRAN A (Persetujuan Aku Janji Integriti), calon hendaklah mengisi borang ini & dimuatnaik dalam ruangan Maklumat Akademik di MyResume.
  • Diwajibkan menghadiri sesi simulasi (sehari sebelum temuduga).

Simulasi Temuduga 1

EMAIL SIMULASI TSOI (2/3)

Kepada Calon akan menerima email selewatnya 1 hari sebelum tarikh simulasi, saya telah menerima email 1 minggu sebelum iaitu pada 16/07/2021.

DALAM EMAIL AKAN DINYATAKAN:

  • Masa simulasi (10am).
  • Pautan (link) untuk menghadiri sesi tersebut.

HARI SIMULASI:

  • Bersedia pada masa yang telah ditetapkan.
  • Masuk ke dalam link 10minit sebelum masa yang ditetapkan.
  • Calon perlu memasukkan Nama & Email kemudian tekan ‘Join As Guest”.
  • Akan terdapat ‘preview’ & kemudian boleh tekan butang ‘Join Meeting’.
  • Calon akan melihat paparan “You can join the meeting after the host admits you”.
  • uma perlu tunggu sehingga host admit, tempoh menunggu bagi setiap calon adalah berbeza bergantung kepada situasi.
    ** Saya menggunakan laptop semasa sesi temuduga ini **

AKTIVITI SEMASA SIMULASI:

  • Petugas SPA cuma ingin check keadaan internet calon.
  • Dia cakap semua ok, gambar nampak clear, suara jelas & video tak tersekat-sekat, cuma minta perbetulkan kedudukan lebih dekat dengan laptop.
  • Kemudian dia bagi peringatan untuk lengkapkan MyResume, masuk ke link 10minit sebelum masa temuduga & tak dibenarkan membuat rakaman.
  • PERINGATAN PENTING untuk semak email selepas simulasi pada hari yang sama, info mengenai masa temuduga & link akan diberi.
  • Kemudian boleh tanya jika ada sebarang persoalan lain.
  • Sesi simulasi selesai dalam masa 2-3 minit sahaja.

EMAIL TSOI BAGI JAWATAN… (3/3)

DALAM EMAIL TERDAPAT:

  • Masa temuduga 8:20am.
  • Link untuk temuduga.
    ** Pastikan anda telah menerima 3 EMAIL penting ini **

HARI TEMUDUGA:

  • Calon hendaklah bersedia awal.
  • Masuk ke link 10 minit sebelum masa yang ditetapkan & tunggu sehingga host admit.
  • Sebelum bermula boleh berkomunikasi dengan panel untuk memastikan kelancaran.
  • Masa saya pada 8:20am, host admit pada 8:30am, sesi temuduga berlangsung lebih kurang selama 30 minit.
  • Selesai temuduga calon boleh klik ‘leave meeting’ atau boleh tunggu sahaja sehingga di ‘removed from meeting’.

Hari Temuduga 1

TIPS TAMBAHAN & PANDUAN TEKNIKAL TSOI

Saya cuma ingin share headphone yang telah digunakan semasa simulasi, semasa waktu temuduga ada sedikit kesilapan teknikal di pihak saya yang membuatkan saya tak pakai headphone (guna speaker yang sedia ada di laptop sahaja).

Berdasarkan waktu semasa simulasi memang jelas suara kita bercakap & boleh dengar jelas suara orang yang bercakap.

Yang penting waktu temuduga selain kita nak bagi panel dengar suara kita dengan jelas, semestinya kita nak dengar apa yang panel katakan juga dengan jelas.

Cuma mahu ingatkan, headphone/earphone/microphone ni hanyalah peralatan tambahan.

Kalau laptop/handphone anda boleh guna dengan baik, tak perlu peralatan tambahan. Guna sahaja apa yang dah sedia ada.

Untuk panduan teknikal & sebagainya sila rujuk 2 panduan yang telah disediakan oleh SPA di bawah:
1- https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/tsoi/PANDUAN-MENGHADIRI-TEMU-DUGA-SECARA-ONLINE-INSITU-TSOI-PORTAL.pdf
2- https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/tsoi/PANDUAN-TEKNIKAL-CALON-TEMU-DUGA-SECARA-ONLINE-INSITU-TSOI-PORTAL.pdf

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada calon TSOI yang akan datang.

Semoga semua urusan kita dapat dipermudahkan. Insyaalah.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan