Tempoh kuarantin Yang Terkini Bagi Kes Kontak Rapat & Kes Positif Covid-19

UNTUK MAKLUMAN ANDA MENGENAI SOP BAHARU TEMPOH KUARANTIN KONTAK RAPAT BERKUAT KUASA 22 APRIL 2022

Kementerian Kesihatan telah mengumumkan mengenai kontak rapat kes Covid-19 yang tidak bergejala kini tidak perlu lagi menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Untuk individu yang menjadi kontak rapat kes Covid-19 tetapi tidak mengalami sebarang gejala, mereka tidak perlu lagi untuk menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Parlimen.

Perkara itu juga turut dimaklumkan melalui sebuah hantaran yang terkini beliau di Twitter

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, peraturan baharu kontak rapat itu dibuat berikutan terdapat permintaan daripada pelbagai pihak terutama yang tinggal di asrama.

“Sebelum ini terdapat permintaan yang membabitkan mereka yang tinggal di asrama, kerana terdapat pelajar yang tidak layak untuk mendapatkan dos penggalak. Jadi kita perlu bersetuju untuk melaksanakan peraturan baharu ini,” katanya.

Terdahulu, kepada kontak rapat yang lengkap vaksinasi tanpa dos penggalak mestilah menjalani tempoh kuarantin selama 5 hari, manakala kepada yang tidak lengkap vaksinasi selama 7 hari.

Sebelum ini, kepada mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak perlu lagi untuk menjalani kuarantin bermula 1 Mac 2022 jika:

  • Telah diberi dos penggalak.
  • Tiada gejala.
  • Berusia 18 tahun & ke atas.

Mereka mestilah menjalani ujian RTK Ag kendiri pada hari 1 & 3 lalu laporkan ujian di MySejahtera.

Anda boleh rujuk info terkini yang ditetapkan oleh KKM mengenai tempoh kuarantin kalau jadi kontak rapat atau positif Covid-19.

Tiada Lagi Kuarantin Bagi Kontak Rapat  Yang Tidak Bergejala

Dalam Satu Sidang Media Kementerian Kesihatan (KKM) pada 24 Februari 2022 sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah pun mengumumkan mengenai pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin kepada mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19.

Kontak rapat kepada kes COVID-19 yang tidak bergejala dan juga dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas dan telah menerima dos penggalak, kontak rapat yang tidak bergejala tidak perlu untuk menjalani Perintah Pemantauan dan juga Pemerhatian (HSO).

Dalam protokol yang terkini telah berkuatkuasa 22 April 2022, Kementerian Kesihatan telah mengumumkan kontak rapat kes Covid-19 yang tidak bergejala kini tidak perlu lagi untuk menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Anda boleh rujuk tempoh kuarantin terkini bagi kontak rapat dan kes positif dalam jadual di bawah:

TEMPOH KUARANTIN TERKINI

Untuk pengetahuan anda Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun mengumumkan tempoh kuarantin seperti berikut:

TEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF

Tempoh isolasi (kuarantin)

  • Telah menerima dos penggalak: 7 hari
  • Lengkap vaksinasi: 7 hari
  • Tidak lengkap ATAU tiada vaksinasi: 10 hari

TEMPOH KUARANTIN BAGI KES KONTAK RAPAT

1. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS

A) YANG BERGEJALA:

  • 5 hari bagi individu yang telah terima dos penggalak.
  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi lagi.

B) YANG TIDAK BERGEJALA:

  • TIDAK PERLU UNTUK KUARANTIN kepada individu yang telah terima dos penggalak.
  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi yang lengkap.
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.

2. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN KE BAWAH:

A) YANG BERGEJALA:

  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi yang lengkap.
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.

B) YANG TIDAK BERGEJALA:

  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinas.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Comment