Tekun eDokumen: Cara Pembelian Dokumen Sokongan SSM & Senarai Harga

Untuk pengetahuan anda semua TEKUN telah memperkenalkan iaitu TEKUN eDokumen untuk mendapatkan dokumen sokongan yang telah disahkan benar oleh SSM.

Tahukah anda bahawa apakah itu TEKUN eDokumen dan apakah kegunaan/keistimewaan perkhidmatan ini?

Kami akan kongsikannya untuk makluman bersama!

PENGENALAN TEKUN EDOKUMEN

TEKUN Nasional telahpun mewujudkan pembelian cara yang mudah dan atas talian (online) kepada peminjam melalui TEKUN eDokumen.

TEKUN eDokumen diwujudkan bagi pembelian dokumen sokongan melalui link tambahan yang boleh didapati daripada portal TEKUN Nasional.

Bagi perkhidmatan ini ialah hasil kolaborasi serta kerjasama antara pihak TEKUN Corporation Sdn Bhd Bersama pihak Raffcomm Technologies Sendirian Berhad (Rafftech).

6 KELEBIHAN MEMBELI MELALUI TEKUN EDOKUMEN

  1. Diperakui – Ditandatangani secara digital.
  2. Selamat – Disahkan Benar oleh SSM.
  3. Jimat Duit – Anda akan memperoleh 5% diskaun daripada harga asal serta dokumen yang telah dibeli merupakan dokumen yang disahkan benar oleh SSM jika anda membeli melalui laman sesawang www.tekun-edokumen.my.
  4. Langkah Dipermudahkan – Hanya buat carian nombor pendaftaran, dan semua dokumen akan dipakejkan.
  5. Jimat Tenaga & Masa – Tidak perlu ke kaunter dan boleh berurusan secara online.
  6. Boleh Beli Dokumen Bila-bila Masa – Pembelian boleh dibuat 24 jam sehari tanpa had.

6 Kelebihan TEKUN eDokumen 1

SYARAT KELAYAKAN MEMBELI DOKUMEN SOKONGAN

Jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN eDokumen adalah seperti yang berikut:

  • Terbuka kepada semua sektor Perniagaan serta Syarikat dengan modal berbayar tidak lebih daripada RM300,000.

Berikut adalah merupakan syarat pemohon yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN:

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon adalah bukan seorang muflis.
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  5. Mempunyai lessen/permit/Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
  6. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile).
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan.
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan serta daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah).
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project).
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai serta kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran.
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.

CARA PEMBELIAN

Garis panduan untuk pembelian adalah seperti yang di bawah:

Langkah Pembelian 1

(i) Carian Dan Pertanyaan

Sila layari https://www.tekun-edokumen.my. Seterusnya masukkan nombor Perniagaan/Syarikat lalu klik ‘Pasti’. Hasil akan dipaparkan pada skrin.

(ii) Pilih Dan Beli (Kos)

Kepada pengguna perlu klik kotak dokumen yang diperlukan, pilih sama ada Salinan Dokumen Disahkan Benar Secara Digital (Dokumen Bersama QR Kod Mobile) atau Dokumen Standard lalu klik ‘Pasti’.

(iii) Maklumat Lanjut

Nama, nombor telefon, alamat e-mel, jenis entiti, serta status perlu diisi sebelum pembayaran akan dilakukan. Pemohon wajib mengisi alamat emel yang SAH bagi tujuan penerimaan notis pembelian serta maklumat dokumen melalui e-mel.

NOTA: Rafftech tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat e-mel yang diisi oleh pengguna tidak diisi dengan betul.

(iv) Kaedah Pembayaran

Gerbang pembayaran Rafftech adalah iPay88 untuk perbankan atas talian (online banking) sahaja. Sebarang Perubahan untuk cara pembayaran akan dimaklumkan kelak.

(v) Muat Turun Dokumen

Pemohon perlu memuat turun aplikasi Winzip dengan terlebih dahulu untuk unzip file. Selepas itu, pemohon akan memuat turun dokumen dalam format PDF.

(vi) Notis E-mel

Notis emel akan dihantar setelah pemohon berjaya membeli maklumat dokumen sokongan TEKUN. Notis e-mel termasuk resit pembelian serta dokumen sokongan yang dibeli.

Rujuk panduan yang lengkap pengguna di SINI.

HARGA & CONTOH DOKUMEN

Terdapat contoh dokumen yang boleh dibeli adalah seperti yang di bawah:

Perniagaan: Enterprise
Dokumen Wajib
1) Profil Perniagaan
2) Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Cawangan Utama)
Syarikat: Sdn Bhd
Dokumen Wajib
1) Profil Syarikat
2) Borang 49 (Pendaftaran Pengarah, Pengurus & Setiausaha)/Section 58 (Perubahan Dalam Pendaftaran Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat)
Dokumen Wajib Bersyarat (Hanya Diperlukan jika Nama Syarikat bertukar)
3) Borang 13 (Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat)

Bagi senarai Harga Dokumen adalah seperti dalam infografik yang ada di bawah:

Senarai Harga Dokumen 1

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari https://www.tekun-edokumen.my atau hubungi 1-300-30-4636 atau e-mel kepada [email protected]

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan