Tawaran Kemasukan Ke Institut Kemahiran Tinggi PERDA-TECH 2022

Tawaran Kemasukan PERDA-TECH Ambilan Julai 2022 Bagi Peringkat Sijil dan Diploma

Untuk makluman anda tawaran kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) kini telah dibuka untuk para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

PERDA-TECH merupakan institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang telah bertempat di Bukit Panchor, Nibong Tebal yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di peringkat Sijil dan juga Diploma.

Untuk pengetahuan anda, institusi ini telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia untuk mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Kemudahan Yang Telah Disediakan

Untuk makluman anda, Kemudahan yang telah disediakan di Institut PERDA-TECH ini untuk para pelajar adalah seperti yang berikut:

  • Yuran pengajian adalah PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan).
  • Elaun sara diri sebanyak RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma).
  • Penginapan dan juga pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Kepada calon yang berminat boleh melakukan permohonan secara atas talian sebelum 30 Jun 2022.

PROGRAM YANG TELAH DITAWARKAN

Program yang telah ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di institut ini adalah seperti yang berikut:

i) Peringkat Diploma:

  • Diploma Multimedia Kreatif (DCP).
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD).
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM).
  • Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT).
  • Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK).

ii) Peringkat Sijil:

  • Sijil Teknologi Elektrik (CEE).
  • Sijil Teknologi Kimpalan (CWE).
  • Sijil Teknologi Automotif (CAT).
  • Sijil Seni Reka Pakaian (CAD).
  • Sijil Multimedia Kreatif (CCM).
  • Sijil Kejuruteraan Pertanian (CAE).
  • Sijil Kejuruteraan Mekanikal (CME).
  • Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE).
  • Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT).
  • Sijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD).
  • Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE).

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman kepada pemohon, syarat kelayakan untuk kemasukan ke institut ini adalah seperti yang berikut:

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Memiliki SPM atau setaraf dengannya.
  • Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Lulus sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas).
  • Berumur tidak kurang 18 tahun.
  • Tidak mengalami masalah rabun warna.
  • Mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan menerusi 3 kaedah iaitu:

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke PERDA-TECH, anda boleh hubungi di talian 04-599 1100/011-5675 0438.

Leave a Comment