Tawaran Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Bagi Anak Kelahiran Sabah

Makluman mengenai tawaran bagi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) kini telah dibuka untuk bayi yang dilahirkan di Sabah.

Bantuan ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor iaitu pada akhir tahun 2021.

Sukacita dimaklumkan mengenai perlaksanaan bantuan yang telah memperuntukkan dana sehingga RM5 juta ini merupakan salah satu komitmen daripada kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di samping bagi menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan anak sejak awal kelahiran lagi.

Kepada ibu bapa yang berminat telah dialu-alukan untuk kemukakan permohonan bantuan yang ditawarkan ini.

Bantuan Ihsan 1

KADAR BANTUAN

Untuk pengetahuan anda, Kadar bantuan yang akan diberikan ialah dalam bentuk tabungan yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi yang telah berdaftar di bawah bantuan ini iaitu sebanyak RM100.

SYARAT KELAYAKAN

Kepada ibu bapa yang berminat untuk mengemukakan permohonan mestilah menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang berikut:

  • Bayi tersebut mestilah berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah.
  • Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat telah mencapai usia 18 tahun.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, tarikh permohonan telah dibuka sepanjang tahun ini iaitu dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

CARA MOHON

Untuk pengetahuan anda terdapat 2 kaedah permohonan yang ibu bapa boleh lakukan antaranya ialah:

1) Atas Talian

  • Anda boleh layari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI.
  • Lalu anda perlu lengkapkan borang permohonan.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Anda perlu pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
  • Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

2) Borang Permohonan

  • Anda perlu muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.
  • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  • Lalu sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
    • Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas,
      Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu,
      Jalan UMS, Teluk Likas,
      88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Dokumen Yang Diperlukan

Peringatan kepada ibu bapa juga untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti yang telah disenaraikan di bawah:

  • Sijil lahir bayi.
  • Kad pengenalan ibu bapa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai bantuan BISTARI, sila layari laman Facebook rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau anda boleh menghubungi talian di 088-369872/012-8662419.

Leave a Comment