Tawaran Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022 Kini Telah Dibuka

Untuk makluman anda, Yayasan Sabah baru sahaja mengumumkan berita baik untuk pelajar anak jati Sabah atau ibu dan bapanya yang berasal dari Sabah kerana tawaran tajaan biasiswa serta pinjaman Pengajian Tinggi bagi siri tahun 2022 kini telah dibuka.

Kepada pemohon yang telah memenuhi syarat berkelayakan boleh memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.

PENGENALAN YAYASAN SABAH

Untuk pengetahuan anda, Yayasan Sabah pada hari ini secara rasminya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No 8 Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966.

Secara umumnya, individu di sebalik penubuhan Yayasan Sabah ialah Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, yang berwawasan untuk mempromosikan kesedaran Malaysia di kalangan rakyat Sabah.

Objektif yayasan adalah untuk menyediakan kemudahan pendidikan serta pendidikan untuk semua rakyat Malaysia di Sabah, mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat di Sabah, dan juga menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan serta mangsa bencana alam.

SYARAT MOHON

Kepada pemohon yang telah memenuhi kriteria berikut sahaja yang akan dipertimbangkan permohonan mereka:

  • Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah.
  • Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu/bapa berasal dari negeri Sabah.
  • Pemohon, ibu/bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu/bapa mempunyai status Penduduk Tetap di negeri Sabah.

BENTUK TAJAAN

  1. Biasiswa:
    • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS).
    • Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB).
    • Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam.
    • Biasiswa Ulum Islamiah.
    • Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah).
    • Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan).
    • Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
    • Biasiswa IPTA/IPTS.
    • Biasiswa Pelancongan/Perhotelan.
  2. Dermasiswa:
    1. Dermasiswa YSCT/Politeknik/UiTM.
    2. Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL).
  3. Pinjaman Pengajian – Pinjaman Pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Dermasiswa/Biasiswa.

Pinjaman Pengajian Tinggi 1 1

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Untuk makluman anda, Pihak Yayasan Sabah telah pun menetapkan syarat kelayakan akademik yang spesifik untuk setiap biasiswa, dermasiswa serta pinjaman pengajian yang telah ditawarkan.

Bagi syarat kelayakan akademik secara spesifik, anda boleh rujuk Iklan Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022 di pautan http://www.yayasansabahgroup.org.my/docs/documents/2022/IKLAN%20PERMOHONAN%20Tajaan%20Biasiswa%20%20Pinjaman%20Pengajian%20SIRI%202%202022%20-%2016%20Jun%20Daily%20Express%20(2).pdf

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan iaitu dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian sahaja melalui pautan https://ysedu-online.net.my/.

Pemohon mestilah mendaftar dengan e-mel peribadi.

Sila maklumkan bahawa borang permohonan secara dalam talian (online) ini hanya sesuai dibuka dengan menggunakan komputer riba (laptop) atau komputer peribadi (PC) lalu menggunakan pelayar Google Chrome.

  1. Anda perlu klik “DAFTAR AKAUN” lalu isi nama, nombor MyKad, e-mel yang sah dan juga negeri asal/daerah asal.
  2. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang berkaitan, sila tekan butang “Daftar”.
  3. Selepas selesai daftar, pemohon akan menerima e-mel yang akan mengandungi ID dan juga Kata Laluan (password).
  4. Pemohon perlu klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian (Online).
  5. Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang telah disediakan sebelum menekan butang “HANTAR”.

Leave a Comment