10 Jenis Surat Diterima Pakai di Sekatan Jalan Raya

Berikutan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara mutakhir ini, PDRM telah menyenaraikan 10 surat kebenaran dari agensi serta kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), yang boleh diterima pakai di sekatan jalan raya.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani melalui kenyataannya berkata bahawa semua surat itu, berdasarkan sektor yang telah diluluskan, akan diterima di sekatan jalan raya bagi tujuan pergerakan antara rumah mereka ke tempat kerja mereka dalam tempoh sekatan pergerakan penuh ini.

Senarai tersebut adalah seperti berikut:

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi): Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan yang berkaitan
  • Kementerian Pengangkutan: Sektor Pengangkutan Awam dan Barang Keperluan
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI): Sektor Pertanian/ Perikanan/ Pertanian/ Perladangan/ Komoditi. MAFI hanya akan mengeluarkan surat kebenaran bagi pekebun kecil. Mereka yang berlesen dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia hendaklah mendapatkan surat dari MITI
  • Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Sektor Perladangan dan Pengeluaran hasil komoditi termasuk buah sawit, getah dan lain-lain. Permit ataupun pemegang lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) dibenarkan menggunakan surat yang dikeluarkan oleh lembaga atau kementerian. Bagi pengeluar produk berasaskan getah pula diminta untuk mendapatkan surat dari MITI.
  • Bank Negara Malaysia: Institusi Perbankan, Insurans
  • Suruhanjaya Sekuriti: Sektor Perdagangan Saham
  • Kerajaan Tempatan: Peniaga Kecil/ Penjaja/ Pengusaha kendera saji
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia: Sektor Telekomunikasi/ Media/ Pos/ Kurier dan Penyiaran
  • Kementerian Dalam Negeri: Semua surat yang dikeluarkan oleh agensi di bawah KDN diterima bagi tujuan pergerakan kakitangan
  • PDRM: Surat kebenaran daripada polis akan dikeluarkan untuk mereka yang bekerja sendiri, dan juga kebenaran melintasi sempadan bagi urusan kecemasan dan pengebumian.

Acryl berkata bahawa semua surat hendaklah bertarikh bermula 1 Jun, dan sesiapa yang ditemui di sekatan jalan raya tanpa surat ataupun keizinan yang telah tamat tempoh akan diperintahkan untuk patah balik.

Beliau turut mengingatkan pekerja sektor yang tidak dibenarkan tetapi diharuskan berada di pejabat atas perkara tertentu seperti pembayaran gaji, kebenaran sekali sahaja hendaklah diperoleh daripada polis, disokong oleh surat daripada majikan.

Tambahan pula, bagi mereka yang berada dalam profesion dan bidang perundangan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri JPM bertanggungjawab bagi mengeluarkan surat keizinan kepada pekerja firma undang-undang melalui MITI, sementara itu pengamal undang-undang yang perlu untuk berada di mahkamah bagi prosiding reman hendaklah menunjukkan surat daripada firma undang-undang.

PDRM pada hari Khamis berkata akan menerima surat kebenaran perjalanan yang dikeluarkan oleh agensi selain Miti, setelah beberapa perubahan pada saat akhir mengenai syarat syarat untuk melepasi sekatan jalan raya.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan