Pengumuman Khas Perdana Menteri : Senarai kemudahan-kemudahan / kelonggaran SOP bagi individu yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap.
Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap.
Berikut dikongsikan senarai kelonggaran sop tersebut untuk makluman bersama.
Isi Kandungan
Syarat-syarat Penerima Vaksin Lengkap
- Telah menerima 2 dos vaksin (Pfizer / AstraZeneca / Sinovac) dan hanya terpakai selepas 14 hari daripada suntikan kedua vaksinasi tersebut.
- Bagi vaksin 1 dos (Johnson & Johnson / Cansino), kelonggaran ini terpakai selepas 28 hari menerima vaksin tersebut.
- Kesemua kemudahan vaksinasi lengkap itu berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos.
KELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP – DI SEMUA NEGERI / FASA PPN
Kemudahan bagi mereka yang lengkap divaksinasi untuk semua Fasa PPN:
- Suami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
- Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap vaksinasi.
- Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap
- Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat
Rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah:
KELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP DI NEGERI FASA 2 & SETERUSNYA.
Berikut merupakan senarai kemudahan sektor sosial bagi penduduk yang lengkap divaksinasi di negeri yang berada pada Fasa 2 PPN dan seterusnya :
- Rentas daerah dibenarkan bagi individu lengkap vaksinasi (2 dos) di negeri yang sedang berada di Fasa Dua dan seterusnya.
- Aktiviti dine-in (makan di restoran) dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.
- Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya.
- Pelancongan dalam negeri yang sama adalah dibenarkan.
Sila rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah:
- Kemudahan ini diberi bukan bermakna rakyat boleh mengabaikan SOP yang ditetapkan.
- Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kemudahan yang diberikan jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau SOP yang sedia ada.
- Sementara itu, kemudahan di sektor ekonomi sedang dibincang, dipertimbang di peringkat Sidang Khas MKN dan akan diumum dalam waktu terdekat.