Smart Selangor Parking App: Cara Daftar, Bayar Parking Online & Semakan Kompaun

MAKLUMAN MENGENAI SMART SELANGOR PARKING: CARA DAFTAR, BAYAR PARKING ONLINE & SEMAKAN KOMPAUN

Untuk pengetahuan anda, tiada lagi kupon parking bergores di Selangor mulai pada 1 April 2022 ini.

Makluman kepada anda, mulai 1 April 2022, Selangor akan melaksanakan perkhidmatan pembayaran parking secara digital menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP).

eKupon dengan menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) boleh dimuat turun iaitu dengan melalui Apps Store atau Google Play Store.

Untuk anda yang masih mempunyai kupon bergores, penukaran Kupon Parking Ke Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) boleh dilakukan di lokasi seperti berikut:

  • Kaunter Perbendaharaan Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor.
  • Pejabat Leading Innovative Technologies & Systems Sdn Bhd (LiTS)F-4-G, Jalan Multimedia 7/AG, Citypark iCity, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh: 26 MAC hingga 30 APRIL 2022.

Masa: 9 PAGI hingga 4 PETANG (ISNIN – JUMAAT).

Lokasi untuk penukaran gores eKupon akan dimaklumkan kepada anda dari masa ke semasa. Tahukah anda apakah kelebihan dan bagaimanakah cara untuk menggunakan apps ini?

Jom kami akan kongsikan selanjutnya dengan anda.

PENGENALAN SMART SELANGOR PARKING

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pembayaran parking secara digital iaitu melalui aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) dan juga akan menamatkan penggunaan kupon manual.

Inisiatif Smart Selangor ini akan membolehkan semua pembayaran dibuat dengan menggunakan e-kupon menerusi aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) yang lebih mudah, cepat dan juga selamat.

Selain itu, fungsi aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk:

  • Membuat bayaran parking merentasi PBT di Selangor.
  • Imbas dan juga bayar kompaun dengan mudah secara atas talian.
  • Memberi peringatan tempoh tamat parking.
  • Pembayaran tempat letak kereta (parking) online.

 CARA BAYAR PARKING ONLINE MENERUSI APLIKASI SMART SELANGOR

LANGKAH 1:

  • Anda perlu muat turun aplikasi dengan terlebih dahulu melalui pautan yang berikut: www.smartselangor.com.my ATAU anda Imbas QR code dalam poster di bawah.

LANGKAH 2:

  • Kepada pengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan juga membayar berdasarkan tempoh meletak kenderaan ATAU Pembayaran juga boleh dibuat dengan melalui ejen e-kupon yang sah.

  • Tambah nilai kredit kupon juga boleh dibuat di beberapa kedai serbaneka antaraya 7-Eleven, 99 Speedmart dan juga KK Mart ATAU Bagi orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar atau aplikasi berkenaan, sistem ejen e-kupon akan disediakan sebagai alternatif.

CARA MEMBAYAR KOMPAUN SECARA ONLINE

Dengan melalui aplikasi ini, anda juga boleh membuat semakan kompaun secara atas talian lalu terus membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter lagi.

Anda boleh rujuk pada paparan Scan & Pay Compound seperti di bawah:

MUAT TURUN APLIKASI

Anda boleh layari Facebook Smart Selangor Parking dan anda juga boleh hubungi 1 700 81 9612 untuk keterangan yang lebih lanjut.

Leave a Comment