Permohonan Bagi Bantuan Skim Tanaman Lada Baru & Lada Matang 2022 ~ MPB

Hebahan Mengenai Permohonan Bantuan Skim Tanaman Lada Baru dan Lada Matang 2022

Makluman bahawa insentif bantuan Tanaman Lada Baru dan Tanaman Lada Matang kini telah dibuka. Permohonan adalah dialu-alukan bagi dua kategori pekebun lada yang berkelayakan seperti yang telah dinyatakan di atas.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Untuk makluman kepada anda, tarikh akhir permohonan bagi bantuan ini adalah pada atau sebelum 30 Jun 2022.

SYARAT PERMOHONAN

Untuk syarat kelayakan bagi permohonan bantuan adalah mengikut kategori yang berikut:

  1. Syarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Baharu:
    • Mestilah Warganegara Malaysia.
    • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada.
    • Mengusahakan tanaman lada baharu yang berusia di bawah tiga tahun.
    • Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Matang.
    • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License).
    • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak untuk dipertimbangkan semula bagi mendapatkan bantuan selepas selang satu tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.
    • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak untuk memohon.
  2. Syarat Permohonan Bagi Skim Tanaman Lada Matang:
    • Mestilah Warganegara Malaysia.
    • Mengusahakan tanaman lada matang berusia tiga tahun dan ke atas.
    • Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Baharu.
    • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License).
    • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak untuk dipertimbangkan semula bagi mendapatkan bantuan selepas selang satu tahun dari tahun beliau menerima bantuan.
    • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak untuk memohon.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk pengetahuan anda, senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:

  • Salinan muka hadapan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan belakang kad pengenalan pemohon.
  • Salinan muka hadapan kad pengenalan pasangan.
  • Salinan belakang kad pengenalan pasangan.

CARA MOHON

1) Permohonan atas talian adalah dengan melayari pautan yang berikut:

2) Anda boleh dapatkan borang secara percuma dari semua Pejabat Wilayah atau Cawangan Lembaga Lada Malaysia.

3) Borang permohonan dan juga dokumen sokongan yang lengkap mestilah dimuatnaik secara atas talian atau dikemukakan ke Pejabat Wilayah atau Lembaga Lada Malaysia yang berhampiran dengan anda.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai bantuan skim yang ditawarkan ini, anda boleh layari laman media sosial rasmi Lembaga Lada Malaysia melalui pautan Malaysian Pepper Board.

Leave a Comment