Permohonan Skim Permata Sejahtera 2022 Khusus Untuk Anak Kelahiran Terengganu

Skim Permata Sejahtera 2022 Untuk Anak Kelahiran Terengganu

Sukacita dimaklumkan bahawa Anak kelahiran Terengganu berpeluang untuk menerima sumbangan khas Simpanan SSPN-i daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan menerusi Skim Permata Sejahtera.

Tawaran ini telah dibuka kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak kelahiran Terengganu. Sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh penerima untuk tujuan pendidikan ketika mereka berumur 18 tahun.

JUMLAH SUMBANGAN

Untuk makluman anda, jumlah sumbangan yang bakal diterima oleh pemohon adalah seperti yang berikut:

  • Anak pertama hingga ke-6: RM100.00
  • Anak ke-7: RM200.00
  • Anak ke-8: RM300.00
  • Anak ke-9: RM400.00
  • Anak ke-10 dan ke atas: RM500.00

Skim Permata 1

MANFAAT SSPN-i

Kepada ibu bapa yang telah memohon bakal menikmati 6 manfaat utama daripada sumbangan SSPN-i ini antaranya ialah:

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun berdasarkan daripada simpanan bersih tahun semasa.
  • Pelindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang telah mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak untuk menerimanya.
  • Simpanan dijamin oleh pihak kerajaan.
  • Layak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

SYARAT PERMOHONAN

Kepada ibu bapa yang berminat untuk memohon mestilah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti yang berikut:

  • Bayi mestilah lahir di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2022 sehingga 31.12.2022.
  • Kepada bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan juga disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
  • Ibu atau bapa bayi mestilah daripada rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan juga telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.
  • Bilangan anak untuk permohonan program ini dimaksudkan sebagai bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami.

CARA MOHON

Untuk makluman kepada pemohon boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti yang berikut:

  1. Pemohon perlu layari pautan permohonan berikut iaitu di https://bit.ly/SSPN-iYPKT.
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang diperlukan lalu klik ‘Next’ bagi setiap paparan.
  3. Pemohon perlu muat naik salinan dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Kepada pemohon diminta untuk muat naik dokumen yang diperlukan seperti yang berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan juga salinan MyKid bayi.
  • Salinan MyKad ibu dan bapa.
  • Salinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang telah diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.
  • Salinan Sijil Kelahiran atau MyKid/MyKad kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai skim Permata Sejahtera, anda boleh layari laman web YPKT iaitu https://www.ypkt.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan dengan anda.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan