Skim Niaga Darul Ehsan: Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM5000

Sukacita dimaklumkan khusus bagi wanita terutamanya untuk suri rumah di Selangor kerana permohonan bagi Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau NaDI telah pun dibuka.

Terdapat pengumuman mengenai skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan ini telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor di dalam Belanjawan 2021 iaitu sebanyak RM15 juta akan diperuntukkan.

Pengenalan bagi skim pembiayaan ini untuk memberi peluang pinjaman modal wang bagi pemohon wanita yang ingin memulakan perniagaan, terutamanya yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.

Skim ini telah ditawarkan melalui Hijrah Selangor dan juga khusus bagi wanita mewakil isi rumah.

Nadi 1

KATEGORI PEMBIAYAAN

Untuk pengetahuan anda, bayaran semula pinjaman yang diberikan adalah bayaran secara ansuran mingguan antara 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun).

CARA MOHON

Kepada individu yang berminat, anda perlulah mengisi borang di pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login untuk dihubungi oleh pihak Hijrah Selangor.

Kepada pemohon bagi skim NaDI ini tidak memerlukan lagi lesen niaga dari SSM malah penyata akaun 3 bulan yang terkini juga tidak diperlukan.

Skim NaDI ini juga tidak terhad kepada kaum Melayu dan juga Bumiputera sahaja sebaliknya turut  serta dibuka untuk semua kaum seperti Cina, India dan lain-lain lagi.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk pengetahuan kepada pemohon yang berminat untuk memohon pinjaman melalui Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI) ini mestilah menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk memudahkan proses permohonan:

  • Salinan IC pemohon.
  • Gambar Berukuran Pasport 2 Keping.
  • Pegesahan Akaun Bank Aktif.
  • Mengisi Borang Permohonan Hijrah.
  • Salinan Bill Utiliti Premis Atau Tempat Tinggal.

Dokumen yang dinyatakan di atas (kecuali gambar) haruslah dimuat naik dalam format PDF.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan juga persoalan atau yang memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan ini, anda boleh layari halaman web rasmi Hijrah Selangor di alamat www.hijrahselangor.com

Anda juga boleh menghubungi mana-mana cawangan Hijrah Selangor yang berdekatan tempat tinggal anda.

Leave a Comment