Permohonan Bantuan Perkahwinan Untuk Pasangan Islam Di Wilayah Persekutuan

Sukacita dimaklumkan mengenai permohon bantuan perkahwinan untuk pasangan Islam di Wilayah Persekutuan yang telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat atau baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Telah disedari mengenai kos perkahwinan yang mungkin membebankan, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berbesar hati untuk memberikan bantuan perkahwinan bagi pasangan asnaf yang layak untuk menerimanya.

Diharapkan agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat untuk mengurangkan sedikit sebanyak beban yang telah ditanggung oleh pasangan yang baru berkahwin.

SYARAT UMUM

Untuk makluman anda, hanya pasangan yang telah memenuhi syarat umum yang berikut sahaja yang akan dipertimbangkan untuk bantuan perkahwinan ini:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin mendapatkan borang permohonan. Boleh dimuat turun lalu dicetak dari pautan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/BORANG_BANTUAN_UMUM.pdf

Pross permohonan untuk bantuan perkahwinan ini hanya akan dilakukan secara manual dan offline sahaja.

Setiap pemohon hendaklah membawa kesemua dokumen yang disenaraikan di bawah dan menghantarnya sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Skim Bantuan Perkahwinan 1

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk membolehkan urusan permohonan anda dipertimbangkan, setiap pemohon hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang berikut disertakan:

  1. Satu keping gambar pemohon yang berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon, Suami dan Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat hendaklah disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau sertakan dengan bersama akuan sumpah penjagaan.
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, hendaklah mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan yang terkini suami dan isteri yang telah dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
    • Bagi yang di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji mestilah mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang telah disahkan oleh ketua kampung.
  4. Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.
  5. Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang telah didiami.
  6. Satu salinan sijil kursus pra-perkahwinan pemohon dan juga pasangan.
  7. Satu salinan borang permohonan kebenaran perkahwinan pemohon dan pasangan yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/salinan sijil nikah sementara.

 

Leave a Comment