Shopee Express Malaysia: Harga Penghantaran & Check No Tracking

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa mulai 17 Jun 2021, Shopee tidak lagi menawarkan pilihan kurier kepada pembeli di Malaysia, sebaliknya telah memperkenalkan pilihan Shopee Express serta Standard Delivery.

Jika anda baru pertama kali menggunakan Shopee Express dan ingin membuat semakan serta penghantaran, berikut adalah perkongsian antara kelebihan dan info mengenai syarikat kurier.

PENGENALAN BAGI SHOPEE EXPRESS MALAYSIA

Program Penghantaran Shopee Express adalah salah satu inisiatif oleh armada logistik Shopee bagi menyediakan perkhidmatan pengambilan serta penghantaran yang paling dipercayai.

Pembeli anda akan melihat Shopee Express sebagai suatu pilihan penghantaran semasa pembayaran.

Pada waktu ini, Program Penghantaran Shopee Express hanya untuk penghantaran yang berat sehingga 30kg (berat sebenar atau volumetrik, yang lebih tinggi) di Semenanjung Malaysia sahaja.

Catatan

Pengiraan bagi berat volumetrik (kg) = Tinggi (cm) x Lebar (cm) x Panjang (cm)/ 5000

Panjang dijadikan sebagai sisi bungkusan terpanjang. Ketinggian adalah bahagian daripada bungkusan terpendek. (salah satu dimensi tidak boleh melebihi 100cm)

CARA MENYEMAK NOMBOR TRACKING SHOPEE EXPRESS MALAYSIA

Pastikan anda telah mendapat nombor tracking terlebih dahulu daripada seller selepas anda membuat pembelian di Shopee. Berikut bagaimana cara semak nombor tracking anda:

  1. Layari web rasmi Shopee Express: https://shopeexpress.com.my/
  2. Masukkan NOMBOR TRACKING anda dalam ruangan yang disediakan
  3. Kemudian klik pada TRACK
  4. Selesai, anda akan dapat tahu status penghantaran barangan anda.

KELEBIHAN KURIER SHOPEE EXPRESS

Berikut ialah kelebihan Shopee Express kepada penjual yang dinyatakan di laman web Shopee:

1. Penghantaran Percuma Kepada Pembeli Anda

Anda boleh menghantar barang secara percuma sehingga 3kg di Semenanjung Malaysia.

NOTA: Pembeli hendaklah memenuhi perbelanjaan minimum di setiap kedai dan menggunakan Baucar Penghantaran Percuma semasa pembayaran agar dapat menikmati penghantaran percuma.

Anda boleh merujuk jadual di bawah bagi yuran penghantaran dan subsidi penghantaran:

2. Hantaran Pesanan Tanpa Bayaran Pendahuluan

Anda dapat mengatur untuk mengambil bungkusan anda dengan Shopee Express di Seller Centre tanpa membayar wang pendahuluan.

3. Label Bagi Penghantaran Automatik

Anda boleh cetak label penghantaran dari Shopee Seller Centre dan bukannya menggunakan label penghantaran secara tulisan tangan.

NOTA:

Kepada semua pesanan yang telahpun dihantar menggunakan nota konsinan yang dicetak dari Shopee Seller Center akan dikemas kini secara automatik di App Shopee. Di samping itu, status penghantaran kesemua pesanan anda akan dapat dilihat secara langsung dari App Shopee.

4. Pengiraan Bayaran Penghantaran Secara Automatik

Bayaran bagi penghantaran akan dikira dan disesuaikan secara automatik berdasarkan jumlah berat produk apabila pembeli membeli beberapa produk dari kedai.

PROSES BAGI PENGHANTARAN

  1. Penjual menerima barang untuk dihantar menggunakan Shopee Express.
  2. Penjual menyediakan bungkusan mengikut pesanan yang dilampirkan dengan label penghantaran (ukuran A6) yang dicetak dari Seller Centre Shopee. Pastikan balut produk anda untuk mengelakkannya dari sebarang kerosakan semasa penghantaran. Sila maklum bahawa barang cair dan mudah pecah dihantar dalam tanggungan dan risiko penjual.
  3. Penjual menghantar pesanan melalui pengambilan tanpa bayaran pendahuluan.
  4. Shopee Express meneruskan penghantaran.
  5. Shopee akan melepaskan baki pembayaran pesanan kepada penjual setelah bungkusan itu diterima oleh pembeli.
  6. Sekiranya bayaran penghantaran sebenar yang ditentukan oleh Shopee Express lebih daripada anggaran kos penghantaran yang dikira berdasarkan berat yang ditentukan oleh penjual dalam senarai produk, Shopee akan memotong lebihan bayaran penghantaran dari pembayaran penjual dan menyerahkan baki kepada penjual.

CARA UNTUK MENGAKTIFKAN PILIHAN PENGHANTARAN SHOPEE EXPRESS

Setelah selesai berjaya mengaktifkan untuk Program Penghantaran Percuma Shopee Express, pilihan penghantaran diaktifkan secara automatik di kedua-dua peringkat kedai di bahagian Penghantaran Saya dan produk.

  1. Log masuk ke Seller Centre.
  2. Pergi ke Tetapan Penghantaran.
  3. Pilihan penghantaran Shopee Express diaktifkan secara automatik di bawah Logistik Sokongan Shopee.
  4. Anda juga boleh memastikan bahawa pilihan penghantaran Shopee Express diaktifkan untuk senarai produk masing-masing di peringkat produk.
  5. Pilihan penghantaran Shopee Express akan diaktifkan secara lalai untuk produk baru yang ditambahkan.

TERMA & SYARAT

1. Bayaran penghantaran barang yang disubsidi oleh Shopee adalah maksimum 3 kg bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia.

2. Akan ada jumlah perbelanjaan minimum di setiap kedai untuk pembayaran balik kos penghantaran. Rujuk pautan ini DI SINI untuk maklumat yang terkini mengenai perbelanjaan minimum untuk subsidi penghantaran percuma.

3. Perbelanjaan minimum di setiap kedai bagi pembeli yang layak untuk penghantaran percuma, setiap pesanan akan dikenakan dan boleh berubah.

4. Kesemua pesanan disertakan dengan nombor penjejakan yang telah ditetapkan, penjual hendaklah menghantar pesanan dengan waybill yang dicetak dari Seller Centre Shopee dengan pencetak. Kegagalan berbuat demikian dapat mengakibatkan pembatalan pesanan.

5. Pemenuhan untuk Shopee Express hanya boleh dilakukan melalui pengambilan sahaja.

6. Had pembayaran bagi subsidi penghantaran mungkin akan dikenakan.

7. Pilihan Program bagi Penghantaran Percuma Shopee Express tidak boleh dipindah milik ke akaun Shopee yang lain.

8. Shopee boleh mengikut budi bicara mutlaknya tanpa pemberitahuan serta membuang mana-mana pengguna yang melanggar terma dan syarat dari program penghantaran dengan serta-merta.

9. Shopee boleh mengikut budi bicara mutlaknya tanpa notis, mengubah terma dan syarat yang ditetapkan dengan serta-merta.

10. Shopee berhak untuk menghentikan program pada bila masa sahaja tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

11. Sekiranya anda ingin memilih keluar dari Shopee Express, sila isi borang DI SINI. Pemprosesan yang dianggarkan selesai dalam 5 hari bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Shopee Express Customer Service Phone: +603-2777-9222

Leave a Comment