SPP: Semakan Panggilan Temuduga Untuk Pengambilan Guru One-Off

Untuk makluman anda mengenai Kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkenaan Semakan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021.

Makluman kepada calon yang telah membuat permohonan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021, temuduga akan dijalankan secara berfasa bermula dari 8 September 2021 secara berperingkat, manakala untuk semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 3 September 2021 (Fasa 1), manakala Fasa 2 pula boleh dibuat mulai 3 Oktober 2021.

Perkara ini telah dimaklumkan melalui kenyataan media rasmi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan di laman sosial Facebook.

Anda boleh rujuk maklumat lanjut serta kenyataan penuh SPP yang ada di bawah:

TEMUDUGA PENGAMBILAN GURU (PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41)

Menurut daripada kenyataan oleh SPP, urusan temuduga untuk pengambilan guru secara one-off ini hanya akan melibatkan kepada calon Graduan serta Bakal Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang telah melepasi tapisan yang telah ditetapkan.

Untuk setiap calon hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

TARIKH SEMAKAN STATUS PANGGILAN TEMUDUGA SPP

Fasa 1

Untuk panggilan temuduga bagi Fasa 1 boleh disemak di Portal SPP pada 3 September 2021 yang akan melibatkan opsyen seperti yang berikut:

  1. Bahasa Cina.
  2. Bahasa Semai.
  3. Bahasa Iban.
  4. Bahasa Kadazandusun.
  5. Muzik.
  6. Tahfiz.
  7. Bimbingan dan Kaunseling (SJKC).
  8. Pendidikan Seni/Seni Visual (SJKC).
  9. Pendidikan Khas (SJKC).
  10. Pendidikan Moral (SJKC).
  11. Muzik (SJKC).
  12. Sejarah (SJKC).
  13. Reka Bentuk Teknologi (SJKC).
  14. Matematik (SJKC).
  15. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC).

Untuk Fasa 2

Untuk semakan panggilan temu duga Fasa 2 boleh dibuat mulai 3 Oktober dengan melibatkan adalah merupakan seperti yang berikut:

  1. Bahasa Inggeris.
  2. Bahasa Melayu.
  3. Bimbingan dan Kaunseling.
  4. Grafik Komunikasi Teknikal.
  5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  6. Pendidikan Khas.
  7. Pendidikan Seni/Seni Visual.
  8. Reka Cipta.
  9. Sejarah.

Kepada calon boleh membuat semakan bagi panggilan temu duga di Panggilan Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘One Off’ bagi tahun 2021.

Temuduga untuk opsyen Fasa 3 akan mula dilaksanakan pada fasa seterusnya lalu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang rasmi dan media sosial SPP.

CARA MEMBUAT SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA SPP ONE-OFF

Diingatkan bahawa calon-calon yang layak serta yang melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala kepada calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.

Sekiranya ingin membuat semakan, sila rujuk laman web rasmi SPP lalu ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

  1. Pergi ke laman web rasmi mySPP https://myspp.spp.gov.my/
  2. Anda perlu Log masuk menggunakan ID serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Semak status panggilan temuduga bagi permohonan yang telah dibuat.

KEPUTUSAN TEMUDUGA

Kepada calon, anda boleh membuat semakan keputusan melalui pautan yang berikut:

https://semakan.spp.gov.my/semakan/

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah lalu ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:

Leave a Comment