e-Rayuan SBP: Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus 2022

Sukacita Dimaklumkan Mengenai Info Rayuan ke Sekolah Khusus 2022 (e-Rayuan SBP)

Susulan dari pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pengoperasian sekolah dan juga lanjutan PdPR, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengumumkan tarikh semakan keputusan kemasukan Sekolah Khusus beserta dengan tarikh rayuan.

PENGUMUMAN MENGENAI SEMAKAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2022

Bilakah tarikh semakan keputusan rayuan Sekolah Khusus @ SBP?

Menurut dari info terkini melalui panggilan telefon dengan Unit Pengambilan Dan Kemasukan Murid SBP, jangka keputusan rayuan keluar dalam hujung bulan ini. Tertakluk kepada perubahan

Untuk makluman Sekolah Khusus yang telah dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah yang berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT).
  • Kolej Vokasional (KV).
  • Maktab Tentera Diraja (MTD).
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai PKSK dan juga cara membuat permohonan rayuan Sekolah Khusus bagi tahun 2022.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) boleh dibuat pada 15 hingga 29 Mac 2022.

CARA MOHON RAYUAN

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.

  • e-Rayuan boleh diakses secara online iaitu melalui:
    Tingkatan Satu: https://spskt1.moe.gov.my
    Tingkatan Empat: https://spskt4.moe.gov.my
  • Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang telah tertera dalam gambar di bawah.
  • Sila isikan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan juga nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
  • Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.

MAKLUMAN:

  • Tiada sebarang rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja.
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan dengan anda.

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN

Untuk makluman anda, semakan dan rayuan boleh dibuat melalui pautan berikut:

Pendaftaran kemasukan untuk ke sekolah khusus @ SBP bagi calon yang telah membuat permohonan rayuan akan dimaklumkan kelak oleh KPM melalui sidang media khas tidak lama lagi.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web yang ada di bawah:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406/7408/7461/7467/7469/7471/7473/7542/7544/7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327/7334/7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509/3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Info yang terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/

Leave a Comment