Semakan Status PerantiSiswa & Permohonan Fasa 2 Tablet Untuk Pelajar B40

Untuk makluman anda, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

SYARAT KELAYAKAN

Inisiatif Perantisiswa 1

Program Perantisiswa 1

Buat pengetahuan anda, yang layak untuk memohon adalah mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada di dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak untuk memohon inisiatif ini.



TARIKH PERMOHONAN

Terkini, KOMM telah membuka sekali lagi permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bermula pada 1 Ogos sehingga 30 September ini.

Permohonan PerantiSiswa untuk fasa kedua turut melibatkan pelajar IPG serta kolej matrikulasi dibawah KPM.

CARA MOHON




Anda boleh membuat permohonan iaitu dengan menerusi laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my

PERANTI YANG DIBEKALKAN

Untuk makluman, peranti yang akan dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti yang berikut:

    • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
    • Android OS 10 dan ke atas
    • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
    • Minimum RAM 4GB
    • Minimum storan 64GB
    • Slot SD Micro sehingga 256GB
    • Kamera hadapan minimum 2MP
    • Kamera belakang minimum 5MP
    • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
    • Bluetooth 4.1 dan ke atas
    • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
    • Bateri minimum 4500 mAh
    • Pengecas USB disertakan
    • Papan kekunci bluetooth disertakan
    • Pen stylus disertakan.



CARA SEMAKAN STATUS

Makluman mengenai keputusan akan dihantar melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.

TARIKH PENERIMAAN PERANTI

Untuk kumpulan yang pertama dijangka akan menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu:




  • Sesi pertama – telah membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya akan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

*Fasa pertama penyampaian peranti untuk Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022 ini.

Pihak IPT akan diberi taklimat yang lebih lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

MAKLUMAT LANJUT



Anda perlu menghantar e-mel ke [email protected] atau melalui panggilan talian di talian 03-8911 5351/ 03-8911 5258/ 03-8911 5265/ 03-8911 5188

Leave a Comment