Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Secara Atas Talian (Online)

Buat makluman kepada peminjam dari Bank Rakyat, anda digalakkan untuk menyemak baki pinjaman Bank Rakyat untuk mengetahui status bayaran pinjaman anda.

Iainya akan memudahkan anda untuk merancang kewangan anda dan lebih penting lagi, sentiasa melakukan pembayaran semula pinjaman tanpa tipu daya.

Untuk memudahkan lagi, dengan kemajuan teknologi hari ini proses untuk menyemak baki pinjaman Bank Rakyat anda boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja.



Tidak perlu lagi membuang masa anda untuk beratur panjang di mana-mana cawangan Bank Rakyat.

SEMAKAN MELALUI IRAKYAT

Untuk pengetahuan anda, iRakyat merupakan portal kemudahan perbankan internet dari Bank Rakyat.

Tidak ramai pelanggan Bank Rakyat yang tahu bahawa melalui laman iRakyat, mereka dapat menyemak terus status bayaran baki pinjaman dengan hanya beberapa klik sahaja.

Anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah cara semak melalui iRakyat:




Maklumat mengenai pinjaman anda akan dipaparkan pada dashboard akaun anda.

SEMAKAN MELALUI TALIAN TELE-RAKYAT

Jika anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan perbankan di iRakyat atau tidak mempunyai sambungan internet yang sangat baik, anda juga boleh membuat semakan baki pinjaman dengan membuat panggilan ke talian Tele-Rakyat.



Anda perlu hubungi talian 1-300-80-5454 dari telefon mudah alih anda lalu anda akan disambungkan dengan operator.

Kebiasaaannya pihak bank akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan akaun anda untuk pengesahan maklumat anda.

SEMAKAN MELALUI EMAIL

Selain dari 2 kaedah yang ada di atas, anda juga boleh menyemak baki pinjaman anda dengan menghantar emel kepada pihak bank di alamat yang berikut [email protected].

Berikan butiran maklumat yang berkaitan dalam emel terrsebut seperti nombor akaun bank dan lain-lain lagi.




Kaedah ini mungkin sedikit lambat berbanding  dari 2 kaedah di atas kerana pihak bank mestilah membaca emel anda dan membalasnya secara manual namun tetap juga boleh digunakan.

Untuk memastikan anda tidak dikenakan penalti dari pihak Bank Rakyat, pastikan anda sentiasa peka dengan jadual pembayaran semula pinjaman anda dengan melakukan semakan dari semasa ke semasa menggunakan salah satu kaedah yang ada di atas.

Leave a Comment