Cara Membuat Semakan Baki Loan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sekto Awam (LPPSA) Secara Dalam Talian (Online)

Kepada penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan dengan LPPSA, anda boleh semak baki loan LPPSA anda secara online, mudah dan menjimatkan tenaga anda.

Dengan adanya kemudahan semakan baki loan LPPSA ini, anda boleh merancang kewangan anda dengan sebaiknya kerana anda boleh tahu berapa jumlah pinjaman yang berbaki serta berapa lama tempoh pinjaman boleh dilunaskan.



PENGENALAN LPPSA

Untuk pengetahuan anda, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Penubuhan LPPSA pada sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa dengan sepenuhnya pada 1 Januari 2016.




Visi utama penubuhan LPPSA ini adalah utuk menjadi sebuah agensi pembiaya perumahan sektor awam yang cemerlang dan mampan.

PERANAN LPPSA

    • Menguruskan Kumpulan Wang serta mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767).
    • Menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
    • Untuk melakukan sebarang perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta 767.



CARA SEMAKAN BAKI LOAN LPPSA

Sekiranya ingin membuat semakan baki loan LPPSA secara online, anda boleh melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB).

Sekiranya anda baru pertama kali menggunakan sistem SPPB ini, anda mestilah mendaftarkan akaun dengan terlebih dahulu.

Berikut adalah langkah-langkah mendaftarkan akaun baru pada portal SPPB ini:

    • Anda perlu layari laman web LPPSA di pautan https://www.lppsa.gov.my/
    • Di bahagian menu yang terletak di bahagian atas web LPPSA, klik pada “LPPSA MyFinancing”.
    • Klik pada butang “Pelanggan Baru”.
    • Klik pada butang “Daftar Sekarang”.
    • Anda perlu lengkapkan segala butiran dalam borang online yang telah diberikan.




Setelah permohonan lengakap diisi, anda boleh log masuk ke dalam akaun anda dan anda boleh menggunakan segala kemudahan dalam talian yang disediakan dalam portal tersebut.

KEMUDAHAN PORTAL SPPB

Selain dari semak baki loan LPPSA, laman web atau portal SPPB ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan lain:

    • Status baki pinjaman.
    • Penyata tahunan.
    • Semakan status permohonan baru.
    • Status bayaran balik (potongan gaji).
    • Bayaran balik pinjaman.
    • Kalkulator pengiraan kelayakan.



APLIKASI LPPSA MyFINANCING

Kepada pengguna juga boleh membuat semakan secara online terus dari peranti mudah alih anda iaitu dengan melalui aplikasi LPPSA MyFinancing.

Anda perlu muat turun dengan terlebih dahulu aplikasi melalui pautan di bawah:




Anda juga boleh kemukakan maklumat pembiayaan serta inkuiri berkaitan dengan lebihan tersebut untuk bantuan selanjutnya oleh pegawai berkenaan melalui saluran yang disediakan:

  1. Portal eTiket di https://etiket.lppsa.gov.my/.
  2. Live Chat https://chatbot.lppsa.gov.my/LiA_DaftarMasuk
  3. Pusat Panggilan Utama LPPSA (03-8880 1600)

Anda boleh layari laman web rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my untuk info yang lebih lanjut.

Leave a Comment