Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2021

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang telah diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan serta Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga yang ada di Malaysia.

Untuk makluman, dalam artikel ini akan dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan dan cara untuk membuat permohonan.

PENGENALAN RUMAH MESRA RAKYAT

Program ini telah diwujudkan agar dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani serta keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam risalah di bawah ini.

HARGA & REKABENTUK RUMAH MESRA RAKYAT

Konsep binaan RMR merupakan sebuah rumah 1 tingkat dengan 3 bilik serta 2 bilik air.

Harga bagi RMR adalah seperti yang berikut:

1. KELUASAN RUMAH 1,000 KPS (SEMENANJUNG)

  • Harga: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman: RM55,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300

2. KELUASAN RUMAH 850 KPS (PULAU DI SEMENANJUNG)

  • Harga: RM85,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman: RM65,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM350

3. KELUASAN RUMAH 750 KPS (SABAH/SARAWAK/LABUAN)

  • Harga: RM75,000 – RM106,500
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk permohonan RMR boleh dibuat secara online atau manual.

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dihantar semula kepada SPNB selepas permohonan telah dilengkapkan.

Untuk membuat permohonan online, sila rujuk cara yang berikut:

  1. BUKA LAMAN WEBLayari http://rmr.spnbonline.com.my
  2. KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
  3. PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR.
  5. MELENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat ke dalam sistem.
  6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE – Klik Selesai Pendaftaran Borang lalu Cetak Borang.
  7. MAJUKAN BORANG SERTA DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti yang berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon serta pasangan (jika berkenaan).
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru serta sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  5. Slip gaji yang terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua*.
  6. Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  8. Salinan sijil nikah pemohon.
  9. Borang laporan tapak bergambar.

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Mengikut daripada prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.

Manakala kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah pula, tempoh yang akan diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Pemohon Rumah Mesra Rakyat merupakan bertanggungjawab untuk:

  • Mengisi serta melengkapkan borang permohonan.
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat SPNB, sila hubungi:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555/03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]

SENARAI CAWANGAN

CAWANGAN KEDAH
No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
Tel: 04-4500375/04-4500376
Faks: 04-4500379
E-mail: [email protected]

CAWANGAN MELAKA
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Tel: 06-3369751/06-3369752
Faks: 06-3369753
E-mail: [email protected]

CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-601 4498/06-601 4350
Faks: 06-601 3507
E-mail: [email protected]

CAWANGAN TERENGGANU
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-6660010/09-6660054
Faks: 09-6627312
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PERAK
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188/05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: [email protected]

CAWANGAN PAHANG
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: [email protected]

CAWANGAN JOHOR
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900/07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: [email protected]

CAWANGAN KELANTAN
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546/09-788754509-7886546/09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SARAWAK
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032/082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: [email protected]

CAWANGAN SABAH
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610/088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: [email protected]

Leave a Comment