Syarat Kelayakan & Permohonan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Untuk makluman anda, terdapat segelintir rakyat Selangor sendiri tidak tahu bahawa kerajaan negeri mempunyai program Skim Rawatan Jantung Selangor untuk membantu pesakit jantung yang layak.

Skim Rawatan Jantung ini merupakan sebahagian daripada Skim Peduli Sihat dan juga program ini telah dilancarkan sejak tahun 2018 lagi.

Untuk tahun 2022, kerajaan negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk meneruskan lagi program ini dimana sejak dilancarkan pada waktu dahulu, 257 orang pesakit telah pun mendapat manfaatnya.

PENGENALAN SKIM RAWATAN JANTUNG NEGERI SELANGOR

Untuk pengetahuan anda, kos pembiayaan bagi rawatan berkaitan dengan jantung bukanlah murah dan melalui program ini, pesakit yang layak untuk dibantu akan diberikan bantuan pembiayaan sehingga RM50,000.

Kerajaan negeri telah meneruskan bantuan perubatan ini kerana memahami kesukaran golongan yang berpendapatan rendah dan juga sederhana untuk menampung kos rawatan jantung yang semakan tinggi.

Tujuan ini, kerajaan negeri telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi program ini yang akan dibiayai secara bersama oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

SYARAT KELAYAKAN

Skim ini telah dibuka kepada warganegara Malaysia yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja:

  • Lahir di Selangor.
  • Menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan.

Kepada indivdu yang menepati kriteria yang telah ditetapkan di atas, anda boleh membuat permohonan melalui syarikat Selcare Management Sdn Bhd (Selcare).

Individu yang layak untuk mendapatkan pembiayaan perubatan melalui Skim Rawatan Jantung Selangor ini akan diberikan surat jaminan (GL) sebelum mendapatkan rawatan di Institusi Jantung Negara.

Skim Rawatan Selangor 2022 1

CARA MEMOHON

Pada umumnya, skim ini telahpun dikategorikan kepada 2 kategori seperti yang berikut:

  • KATEGORI A: Ahli Skim Peduli Sihat.
  • KATEGORI B: Berpendpatan isi rumah diantara RM2,000 dan RM8,000.

KATEGORI A:

  • Pemohon mestilah mendaftar sebagai ahli Skim Peduli Sihat (Sekiranya masih belum mendaftar).
  • Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel.
  • Pemohon perlu Emel surat rujukan doktor ke SELCARE [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR.
  • Pihak SELCARE akan memproses Surat Jaminan (GL) lalu memaklumkan kepada pesakit tarikh rawatan di IJN.
  • Pesakit ke IJN membawa Kad Pengenalan untuk mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke IJN).

KATEGORI B:

  • Anda perlu muat turun borang permohonan DI SINI
  • Hantar borang dan juga dokumen yang telah lengkap kepada SELCARE atau email ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR
  • Pihak SELCARE akan menghubungi pesakit atau penama setelah kelulusan diperolehi.

JENIS PEMBIAYAAN

Had untuk pembiayaan bagi kedua kategori ini juga adalah berbeza seperti yang telah dinyatakan dalam jadual yang ada di bawah:

Jenis Pembiayaan 1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan skim ini, sila rujuk ke laman web Peduli Sihat di pautan berikut: https://pedulisihat.com/cvs.html

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan