Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 Bagi Negeri Perak Darul Ridzuan

Makluman mengenai Permohonan Projek Khas Tani 2022 Pasca Covid-19 kini telah dibuka untuk permohonan.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin ini, sejumlah peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian.

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 ini diteruskan bagi tahun 2022. Bantuan yang berupa input baja dan juga racun dengan nilai bantuan bernilai RM3,000/petani diteruskan.

Dengan adanya bantuan ini diharapkan bebanan petani dapat dikurangkan berikutan dengan peningkatan harga baja dan juga racun yang meningkat pada waktu kini.

Bantuan Pertanian 1

PENGENALAN PROJEK KHAS TANI 2022

Untuk pengetahuan anda, Projek Khas Tani Pasca Covid-19 ini merupakan salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak yang memberi bantuan kepada petani yang telah terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain dapat mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan juga racun.

Dengan melalui projek ini, Jabatan Pertanian secara tidak langsung memberikan sokongan moral dan juga semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani serta pengeluaran makanan.

Permohonan ini telah dibuka kepada warga tani yang sedang mengusahakan penanaman tertakluk dengan syarat-syarat yang telah pun ditetapkan.

Untuk permohonan yang mematuhi kriteria permohonan akan di senarai pendek untuk siasatan di lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian untuk proses kelulusan.

BANTUAN YANG DISALURKAN

Untuk makluman anda, bentuk bantuan yang akan disalurkan adalah Baja dan racun yang bernilai RM3000.000

SYARAT PERMOHONAN

Kreteria dan juga syarat permohonan adalah seperti yang barikut:

  • Projek yang sedia ada masih aktif.
  • Telah dibuka kepada petani negeri Perak.
  • Belum pernah menerima sebarang peruntukan dari Jabatan
  • Status tanah yang sah (Geran/Tol/Pajakan).
  • Minimum keluasan pemberian bantuan adalah:
    • 0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah dan daun;
    • 1.0 hektar bagi buah-buahan dan juga tanaman singkat masa;
    • minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.
  • Dokumen sokongan mestilah disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan.
  • Lawatan siasatan akan dijalankan bagi proses kelulusan permohonan.
  • Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum diluluskan.

Hanya pemohonan yang layak sahaja akan dihubungi untuk bantuan ini.

Kepada Warga Tani yang layak bolehlah memohon iaitu dengan melalui pautan di link https://forms.gle/pxrXhaKywz5A95dk9 atau anda boleh scan QR untuk permohonan atau terus ke Pejabat Pertanian yang berikut:

  • Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah.
  • Pejabat Pertanian Daerah Hilir Perak.
  • Pejabat Pertanian Daerah Kerian, Parit Buntar.
  • Pejabat Pertanian Hulu Perak.
  • Pejabat Pertanian Kinta Kampar Perak.
  • Pejabat Pertanian Daerah Kuala Kangsar.
  • Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang & Selama.
  • Pertanian Daerah Manjung.
  • Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan secara talian ini telah dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja. Permohonan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan lagi.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info lanjut, sila layari www.pertanianperak.gov.my

Leave a Comment