PSU 4.0: Program Subsidi Upah Perkeso Bantuan Majikan Untuk Pekerja

Untuk makluman kepada majikan anda boleh Mohon lalu Tuntut Untuk Pekerja Dalam Pendaftaran Permohonan Bantuan Program Subsidi Upah Perkeso psu 4.0 tahun 2021 sebanyak RM600 sebulan di bawah Pakej Pemulih PKS Tambahan yang terbaru.

Program subsidi upah psu telah diwujudkan agar dapat membantu majikan yang sedang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus dengan memberikan bantuan kewangan segera kepada setiap pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah agar dapat dikekalkan.

Ianya adalah merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP).

Kerajaan telah mengumumkan baru-baru ini melalui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengenai Pelaksanaan Program Subsidi Upah 3.0 Perkeso disebalik wabak COVID-19 yang menyerang Malaysia dengan pemberian setiap bulan selama 3 bulan antara RM600 sehingga RM1200 sebulan kepada pekerja serta majikan yang perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja.

Dengan berbesar hati, berikut kami akan kongsikan mengenai syarat kelayakan permohonan psu, cara memohon program subsidi upah perkeso serta kaedah pembayaran akan dilakukan agar dapat membantu syarikat yang terjejas.

PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI PERKESO PSU 3.0

1. Cara Untuk Memohon Program Subsidi Upah 3.0 Perkeso

Dengan melalui laman web rasmi PERKESO, majikan mestilah kemukakan permohonan psu bagi pihak pekerja untuk bantuan kewangan.

  • Bantuan program subsidi upah 3.0 perkeso ini akan diterima oleh pekerja.
  • Sila layari laman web rasmi atau e-mel ke [email protected] untuk maklumat lanjut anda boleh layari, https://prihatin.perkeso.gov.my psu 4.0.
  • Sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda boleh membuat semakan terlebih dahulu mengenai senarai soalan lazim yang sering ditanya oleh orang ramai berserta jawapannya (BACA SINI FAQ PERKESO).
PERKARA JUMLAH BAYARAN
Sekiranya syarikat majikan anda mempunyai pekerja tidak lebih 75 orang Jika syarikat majikan anda mempunyai pekerja tidak lebih 75 orang untuk menikmati subsidi upah rm1200 perkeso setiap sebulan selama tiga bulan berturut
Sekiranya syarikat majikan anda mempunyai pekerja antara 76 orang pekerja sehingga 200 pekerja menerima subsidi upah 2.0 RM800 sebulan dari perkeso
Sekiranya syarikat majikan anda mempunyai pekerja lebih 200 orang yang juga pekerja yang telah berdaftar dengan Perkeso Jika syarikat majikan anda mempunyai pekerja lebih 200 orang untuk mendapat subsidi upah rm600 perkeso setiap sebulan. Tetapi maksimum setiap syarikat hanya diberikan untuk 200 orang

Saiz perusahaan yang telah ditetapkan

NOTA: Dalam pada masa yang sama, pekerja yang ada caruman KWSP boleh membuat pengeluaran akaun 2 melalui program bayaran kwsp i lestari.

Pada masa ini, portal rasmi sedang sesak akibat menerima permohonan program subsidi upah yang amat tinggi pada ketika ini.

2. Syarat Kelayakan Senarai Majikan Yang Lulus

Sekiranya ingin membuat permohonan Program Subsidi Upah psu dari perkeso, ini adalah merupakan syarat kelayakan majikan serta pekerja:

  1. Penurunan pendapatan sebanyak 50 peratus yang telah dialami oleh majikan.
  2. Bagi pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawahserta telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).
  3. Selepas daripada pelaksanaan program ini, majikan hendaklah memastikan pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan tidak dibuang kerja.
  4. Gaji pekerja sedia ada tidak dibenarkan dipotong oleh majikan.

3. Senarai Dokumen Yang Penting

Sekiranya ingin memohon skim program subsidi upah dari perkeso ini, anda boleh ingatkan kepada majikan anda untuk menyediakan beberapa dokumen yang penting seperti di bawah ini. Bukan untuk siapa, untuk faedah kepada kepada anda juga. Antaranya ialah:

  1. Senarai nama pekerja di syarikat (maksimum yang dibenarkan adalah hanya 200 orang pekerja sahaja untuk setiap syarikat).
  2. Sediakan muka hadapan akaun bank majikan anda.
  3. Satu salinan untuk pendaftaran panel bank majikan ataupun nama lain 11 mycoid (Apa itu Mycoid).
  4. Akuan Pengisyitharan PSU50 form.
  5. Salinan pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau salinan ROS ataupun salinan ROB (registeration of Business).
  6. Segala jualan serta pendapatan termasuk juga penyata kewangan telah pun mendapat pengesahan.

4. Kaedah Pembayaran Bagi Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja

Kaedah bagi pembayaran bantuan perkeso untuk majikan akan diberikan kepada semua pekerja adalah merupakan seperti yang berikut:

  • Bayaran bagi program subsidi upah perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.
  • Bagi pekerja yang telah lulus program di bawah insentif subsidi upah dari agensi perkeso malaysia ini, pelaksanaan bayaran adalah melalui majikan.

5. Semakan Status Senarai Majikan Lulus Psu 3.0

Sila buat semakan psu untuk senarai majikan yang telah lulus program subsidi upah perkeso 4.0 melalui pautan di jadual ini.

PERKARA PAUTANNYA
Semakan status pendaftaran majikan dan pekerja https://psu.perkeso.gov.my/
Semakan psu untuk senarai majikan yang lulus program subsidi upah perkeso bantuan RM600 sebulan https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/

6. Senarai Tidak Layak Memohon Subsidi Upah Program WSP

Sekiranya anda telah tersenarai daripada 10 kumpulan yang ada di bawah ini, anda sama sekali tidak layak untuk membuat permohonan psu di bawah program subsidi upah 3.0 perkeso ini. Antaranya adalah:

  1. Baik majikan anda ataupun diri anda sendiri tidak pernah sama sekali daftar program eis perkeso.
  2. Gaji anda sebagai pekerja sudah pun melebihi RM4,000 sebulan.
  3. Anda telah pun diberhentikan kerja.
  4. Anda tidak bekerja dengan mana-mana majikan, anda bekerja sendiri atau freelancer.
  5. Anda merupakan pekerja asing di Malaysia.

KERAJAAN MEMBERIKAN AMARAN

Nampaknya terdapat senarai majikan yang telah mula menyalahgunakan duit program bantuan program subsidi upah dari perkeso ini. Duit bantuan majikan dapat tetapi:

  1. Gaji kakitangannya kena potong juga.
  2. Dikenakan cuti tanpa gaji kemudiannya dibuang kerja juga.

Sekiranya anda ternampak, dalam keadaan bisnes sedang merudum sekarang ini secara tiba-tiba majikan anda telah menukar kereta mewah baru contohnya, berjaga-jaga. Ketahui hak anda. Jangan membiarkan majikan anda mengambil hak anda.

Sekiranya terdapat bukti yang sahih majikan anda terlibat sama, anda sebagai pekerja boleh mengambil tindakan di bawah hak anda di bawah bantuan program subsidi upah dari perkeso ini, anda mestilah cepat-cepat lapor kepada pejabat PERKESO Malaysia.

BANTUAN SUBSIDI UPAH PERKESO PSU 3.0 PEMERKASA

Di bawah program pemerkasa seperti yang telah diumumkan oleh Perdana menteri malaysia pada baru-baru iaitu pada bulan mac 2021, bantuan perkeso untuk 37 ribu majikan akan diberikan di mana yang melibatkan 400 ribu pekerja di Malaysia.

  • Pada kali ini, Anda sebagai majikan akan mendapat RM600 sahaja (maksimum) setiap bulan selama 3 bulan untuk bulan April, Mei dan Jun
  • Bantuan Subsidi Upah Perkeso PSU 3.0 ini akan diteruskan melibatkan beberapa industri pks serta sme yang terkesan disebalik PKP dan PKPB termasuk juga gym (gimnasium), urutan serta rawatan spa, pelancongan termasuk hotel, perniagaan borong serta runcit.

BANTUAN SUBSIDI UPAH PERKESO PSU 4.0 PEMULIH

Untuk pengetahuan anda, kerajaan malaysia baru sahaja melancarkan Program Subsidi Upah versi yang terbaru dan terkini di bawah pakej Pemulih 2021 iaitu psu 4.0/wsp 4.0. Butirannya seperti yang ada di bawah:

  1. Bantuan subsidi kerajaan untuk majikan sebanyak RM600 sebulan adalah merupakan untuk maksimum semua 500 pekerja untuk setiap syarikat yang menerima gaji tidak lebih RM4000 sebulan.
  2. Bantuan majikan daripada perkeso hanya layak untuk diberikan sekiranya pekerja yang sedia ada dikekalkan.
  3. Jumlah bantuan psu 4.0 pada kali ini adalah merupakan RM600 sebulan sahaja untuk setiap pekerja yang kekal.
  4. Maksimum bantuan yang akan diberikan adalah selama 4 bulan.

Kepada syarikat serta majikan yang belum daftar sila buat perdaftaran serta permohonan yang baru program subsidi upah psu 4.0/wsp 4.0.

SEMAKAN PSU 4.0 PERMOHONAN YANG BARU

PERKARA LINK PAUTAN
Semakan Psu 4.0 application serta permohonan baru dengan perkeso https://psu.perkeso.gov.my

Pastikan anda telah masukkan psu kod majikan subsidi upah yang betul agar dapat mengelakkan kesulitan.

BANTUAN RM600 BAGI SEMUA PEKERJA

Diharapkan agar bantuan RM600 bagi semua pekerja yang akan diberikan oleh kerajaan melalui majikan anda dapat mengelakkan anda mengalami pengurangan gaji serta pendapatan mahupun berhadapan risiko diberhentikan dan dibuang kerja.

Pakat-pakat untuk kongsikan maklumat penting ini di FACEBOOK dan WHATAPPS ahli keluarga serta kawan-kawan sepejabat anda agar sama-sama dapat mengingatkan majikan masing-masing mengenai hak anda untuk program subsidi upah perkeso psu 4.0 disebalik musibah COVID-19 yang melanda Malaysia kali ini.

Leave a Comment