Tawaran Program Pendidikan Jarak Jauh Peringkat Sarjana Muda Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023

Makluman mengenai tawaran bagi Program Pendidikan Jarak Jauh Peringkat Sarjana Muda Universiti Utara Malaysia (PJJ UUM) kini telah dibuka.

Inisiatif yang telah digerakkan oleh Profesional and Continuing Education Centre (PACE) ini adalah bertujuan untuk menyediakan peluang kepada warganegara Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup menerusi peningkatan pendidikan yang lebih tinggi.

Untuk makluman anda, program ini telah menawarkan kemasukan bagi sesi Januari, April, Julai dan juga Oktober.

KELEBIHAN PROGRAM PJJ UUM

Antara kelebihan yang bakal diterima oleh pelajar Program PJJ UUM ialah:

  • Penggunaan modul dalam Bahasa Melayu.
  • Program diiktiraf oleh MQA.
  • Pinjaman PTPTN.
  • Bayaran yuran secara ansuran.
  • Kemudahan pindah dan juga tumpang Pusat Pembelajaran.

PROGRAM YANG TELAH DITAWARKAN

Untuk pengetahuan anda, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ UUM) ini telah menawarkan bidang pengajian seperti yang berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian (BPM(Hons).
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (BBA(Hons).
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian (Bcomm(Hons).
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian (BIFB(Hons).
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian (BCIM(Hons).

SYARAT KELAYAKAN

Kepada calon yang berminat untuk menyertai program ini mestilah menepati syarat kemasukan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Calon mestilah mempunyai kelulusan SPM dengan 4 Kepujian termasuk BM.
  • Lulus Matematik/Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai pengalaman kerja selama 3 tahun.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan telah dibuka sehingga 19 Jun 2022.

CARA PEMBELAJARAN

Untuk Program PJJ UUM ini akan dijalankan mengikut kaedah yang berikut:

  • Pertemuan kuliah akan diadakan 4 kali dalam satu semester. Setiap kuliah akan dikendalikan selama 4 jam. Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu.
  • Modul yang berbentuk CD yang komprehensif merupakan bahan pembelajaran utama bagi setiap kursus. Modul ini akan dibekalkan kepada setiap pelajar.
  • Tempat dan juga tarikh kuliah serta peperiksaan untuk satu semester akan diumumkan kepada pelajar sebelum kuliah bermula.

CARA MOHON

Kepada calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan yang ada di bawah:

Permohonan Kemasukan Ke Program Pendidikan Jarak Jauh Sesi 2022/2023

Calon hendaklah mengisi borang permohonan dengan betul dan lengkap. Sekiranya pemohon menghantar permohonan lewat, permohonan akan diproses pada semester yang seterusnya.

Sekiranya terdapat permohonan yang tidak lengkap maka tidak akan diproses.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai PJJ UUM ini, sila layari laman web rasmi PACE UUM.

Leave a Comment