Program Khas Penajaan JPA Khusus Untuk Lepasan SPM 2021

Untuk makluman anda, terdapat banyak ruang dan peluang yang JPA telah sediakan, malah turut meliputi program tajaan pengajian bagi pelajar lepasan SPM.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa semua Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 yang telah memenuhi syarat kelayakan untuk memohon Program-Program Penajaan JPA menerusi 3 penajaan berikut:

  • Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ).
  • Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM).
  • Program Penajaan Nasional (PPN).

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai setiap program yang berikut

PROGRAM KHAS UNTUK LEPASAN SPM 2021

1) Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ):

Untuk penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah telah dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM bagi tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains & teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan juga Jerman.

Untuk pengatahuan kepada para pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  • Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Program Khas Jepun 1

TARIH PERMOHONAN

Untuk tarikh permohonan dibuka dari 16Jun sehingga 26 Jun 2022.

CARA MOHON

Sekiranya ingin memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my

Untuk saluran pertanyaan telah dibuka sepanjang tempoh permohonan

E-mel: [email protected]
Telefon: 03-8885 3297

2)Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

Bagi Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) pula adalah penajaan yang berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) yang telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Penajaan secara berpakej ini daripada peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama akan ditawarkan kepada calon yang layak.

SYARAT PERMOHONAN

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan dan diri yang baik
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  • Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  • Umur mestilah belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon daripada latarbelakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 & M40.

Tarikh Permohonan 1

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan akan dibuka dari 20 Jun sehingga 26 Jun 2022

CARA MOHON

Sekiranya ingin memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my

Saluran pertanyaan akan dibuka sepanjang tempoh permohonan tersebut

E-mel: [email protected]
Telefon: 03-8885 3297

3) Program Penajaan Nasional (PPN)

Untuk Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022 pula adalah penajaan yang berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Kepada calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk dengan syarat yang telah ditetapkan dan juga pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).

SYARAT PERMOHONAN

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan dan diri yang baik.
  • Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  • Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  • Menduduki SPM 2021 buat kali pertama
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Program Penajaan 1

TARIKH PERMOHONAN

Untuk permohonan akan dibuka dari 20 Jun Sehingga 26 Jun 2022

CARA MOHON

Sekiranya ingin memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my

Saluran pertanyaan akan dibuka sepanjang tempoh permohonan tersebut.

E-mel: [email protected]
Telefon: 03-8885 3297

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan