Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDGE)

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PGDE), PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA UNTUK PENGAMBILAN SEPTEMBER 2022

Untuk makluman anda, permohonan program Postgraduate Diploma in Education(PGDE)/Diploma Pascasiswazah Pendidikan UUM (open market) kini telah dibuka untuk pengambilan September 2022.

Kepada calon yang berminat hanya perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Kepada yang telah memiliki Ijazah Sarjana(Master) dan PhD pun layak untuk memohon.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi cikgu dan juga tenaga pendidik bolehlah memohon.

Kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai program PGDE UUM ini.

Diploma Pascasiswazah 1

PENGENALAN DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN PDGE UUM

Untuk pengetahuan anda, Program Postgraduate Diploma in Education(PGDE)/Diploma Pascasiswazah Pendidikan UUM merupakan sebuah program komprehensif yang akan menawarkan laluan pekerjaan seperti pendidikan (awam dan swasta), penggubal kurikulum, usahawan, guru, content creator, mahupun tutorial peribadi.

MASA PENGAJIAN

Masa pengajian adalah seperti yang berikut:

  • Sepenuh masa/separuh masa.
  • Minimum 3 semester (1 tahun).
  • Secara online (face to face).
  • 16 minggu praktikum keguruan di sekolah.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk syarat kelayakan kemasukan adalah seperti yang berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada universiti yang telah diiktiraf dengan PNGK 2.75 dan ke atas.
  2. Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.50 serta pengalaman mengajar tidak kurang dariapda 3 tahun.
  3. Kelayakan yang lain diiktiraf oleh Senat UUM.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk permohonan pula akan dibuka mulai pada 1 Mei sehingga 31 Julai 2022.

CARA MOHON

Sekiranya ingin membuat permohonan, sila isikan borang secara atas talian iaitu melalui pautan https://apply.uum.edu.my/onlineapp/

Online Application 1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkab keterangan yang lebih lanjut boleh hubungi En. Mohd Tarmizi Mustafa di talian 04-9285387 dan Dr. Nurliyana Bukhari di talian 04-9285461 (UUM SINTOK).

Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman MALAYSIA

Tel: +604-928 5299
Email: [email protected]

MASA BEROPERASI

Ahad hingga Rabu: 8.00 am to 5.00 pm.
Khamis: 8.00 am to 3.30 pm.
Rehat: 1.00 pm to 2.00 pm.
Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu) adalah tutup

Leave a Comment