Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2022

Sukacita dimaklumkan mengenai Program Bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan nama singkatan ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.

Bantuan khas ini telah dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan agar dapat mengurangkan banan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) Selangor 2022.

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR 2022

Untuk makluman anda, YAWAS telah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS untuk mendapatkan manfaat secara one-off dengan jumlah maksima sehingga RM5,000.00 setahun bagi seisi keluarga.

Objektif Utama:

  • Untuk membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan juga sara hidup.
  • Untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa/penjaga anak-anak OKU yang ingin membeli peralatan khas/mesin untuk tujuan pemulihan anak-anak OKU.

Jenis Bantuan Yang Akan Diberikan:

  • Makanan/keperluan tambahan.
  • Pembelian/Pembaikan peralatan/mesin.
  • Ubat-ubatan.
  • Pendidikan (Terapi/Kelas Khas untuk anak OKU), berdasarkan preskripsi doktor sahaja.

Bantuan Khas Anak Istimewa 1

CARA MEMOHON

  1. Pemohon mestilah membuat permohonan diatas talian laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon diminta untuk mengisi borang permohonan lalu lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan.
  3. Sekiranya terdapat penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan juga dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:
    • Pejabat YAWAS
      Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
      40000 Shah Alam, Selangor.
  4. Borang dan juga dokumen sokongan mestilah dihantar mulai 17 Mei 2022 hingga 31 Mei 2022 Jam 4.00 petang.
  5. Sekiranya gagal menghantar borang tersebut, sebarang rayuan tidak dilayan.
  6. Jika terdapat sebarang pertanyaan Sila hubungi 03-55453170/03-55245068.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan.
  3. Salinan Sijil Daftar/Kad Nikah IbuBapa Anak OKU.
  4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (sekiranya berkenaan).
  5. Salinan Kad Pengenalan Anak OKU.
  6. Salinan Kad OKU dari JKM, atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (sekiranya tiada kad OKU).
  7. Cop Pengesahan Mastautin yang telah disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja).
  8. Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan juga ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor).
  9. Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan juga penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU).
  10. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

SYARAT KELAYAKAN

  1. Mestilah warganegara Malaysia.
  2. Ibu/bapa/penjaga salah seorang Pengundi di Selangor.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang mempunyai anak OKU yang berumur 18 ke bawah.
  4. Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor yang sedang menetap di Selangor ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor haruslah minimum 10 tahun (mestilah mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan).
  5. Anak (OKU) yang mempunyai Kad OKU yang telah dikeluarkan oleh JKM.
  6. Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU).

Jika penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan mestilah sah serta berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.

TARIKH MEMOHON

Untuk makluman kepada anda, permohonan telah dibuka mulai 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022.

KAEDAH PEMBAYARAN

  1. Bantuan selain pendidikan seperti makanan/peralatan sokongan/keperluan khas/ubat-ubatan (mengikut saranan doktor):
    • Pembelian barangan tersebut akan diuruskan oleh YAWAS dimana pembelian akan dibuat melalui panel lantikan YAWAS sahaja.
    • Barang tersebut akan dihantar ke rumah penerima atau PKM setelah permohonan diluluskan lalu urusan tempahan barang dibuat kepada panel.
    • Pembayaran serta Penghantaran barangan kepada pemohon akan dibuat pada bulan Mei dan juga Jun.
  2. Bantuan yang berbentuk Pendidikan/Kelas terapi khas untuk anak OKU:
    • Untuk pembayaran akan dibuat terus kepada pusat pendidikan/terapi yang diminta oleh pemohon.
    • Proses pembayaran akan dibuat selepas permohonan diluluskan.
    • Pembayaran akan dibuat pada bulan Mei dan juga Jun.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk saluran yang berikut:

Leave a Comment