PM AKUI PRN SABAH PUNCA PENULARAN MENDADAK KES COVID-19

“PRN di Sabah menjadi punca penyebaran kes Covid 19 yang meningkat dari semasa ke semasa . Akan tetapi , bukan masa untuk menuding jari kerana PRN di Sabah tidak dapat di elakkan kerana menepati perlembagaan negara yang telah di tetapkan . Di percayai bahawa SPR ( Suruhanjaya Pilihan Raya ) telah menetapkan SOP untuk semua pusat mengundi di Sabah” .

Tan Sri Dato Muhyidddin Yassin berkata dalam sidang media pada petang ini , beliau melihat terdapat beberapa SOP tidak di patuhi di beberapa tempat berkempen ketika PRN Sabah . SOP penjarakan sosial ketika berkempen tidak di patuhi yang boleh memudahkan penularan Covid19. Ini mengingatkan bahawa amalan 3s perlu di terapkan iaitu elakkan berada di tempat sempit , sesak dan sembang secara dekat .

“ Tindakan awal kerajaan susulan penularan Covid19 semakin meningkat dengan mengatur gerak aset aset seperti kapal dan bot peronda dan mengawal sempadan dan perairan negara . Dan pelaksanaan PKPDB di beberapa tempat di Kedah dan Sabah untuk menghalang penyebaran Covid19 ke tempat tempat yang lain . Di wajibkan juga untuk semua yang datang daripada Sabah untuk membuat ujian saringan Covid19 ketika tiba di lapangan terbang dan petugas kesihatan juga akan membuat penilaian risiko dan sekiranya positif akan di rawat di hospital “ .

“ Kerajaan tidak memikirkan kawalan pergerakan diseluruh negara atau total lockdown . Sekiranya langkah ini di lakukan sekali lagi boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara .Tindakan yang di ambil oleh kerajan adalah melakukan PKPDB di beberapa kawasan yang mempunyai kes Covid19 yang tinggi . Manakala di tempat yang tidak terjejas boleh melakukan aktiviti ekonomi dan sosial dengan amalan SOP yang ketat dan penguatkuasaan undang undang yang tegas. Beliau mengadakan sidang video dengan menteri menteri dan pegawai kerajaan berhubung langkah yang boleh di ambil untuk memutuskan rangkaian Covid19 “ .

Melalui mesyuarat MKN yang di pengurusikan oleh Dato SRI Ismail Sabri pagi tadi telah membuat keputusan untuk menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung , Sarawak dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai hari esok . namun setelah perbincangan Tan SRI Muhyiddin Yassin dengan Dato SRI Ismail Sabri , beliau telah membuat keputusan untuk memberi banyak masa sebelum sekatan ini di buat . Keputusan ini di lakukan untuk mengelakkan banyak penumpang terkandas oleh kerana kesuntukan masa untuk membuat perubahan jadual perjalanan. “ Tarikh baru sekatan pergerakan akan di kuatkuasakan 12 Oktober 2020 pada jam 12.01 teh malam sehingga 25 Oktober 2020 . Cadangan kerajaan untuk menghadkan majlis dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak Covid19 akan di pertimbangkan dan cuba mendapatkan input dan berbincang dengan KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk dengan cadangan penambahan SOP . “- Sidang media LIVE Tan SRI Muhyiddin Yassin.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan