Yayasan Selangor: Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Septembar 2021

Untuk makluman anda semua Yayasan Selangor dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa tawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah bagi Sesi September 2021 telahpun dibuka dengan rasminya.

Bagi tawaran bantuan pembiayaan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ini telah dibuka kepada semua rakyat yang ada di negeri Selangor yang sedang belajar ataupun yang telah menerima tawaran mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor) tempatan yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pembiayaan yang telah ditawarkan ini merupakan dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah tanpa faedah yang dikhususkan hanya kepada pemohon dalam kalangan warganegara Malaysia serta rakyat negeri Selangor yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Kepada Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

Semua rakyat yang ada di negeri Selangor yang berkelayakan adalah dipersilakan untuk memohon tertakluk syarat serta had peruntukan yang telah ditetapkan.

Berikut kami akan kongsikan mengenai info yang lebih lanjut serta cara permohonan untuk makluman bersama.

PENGENALAN BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH YAYASAN SELANGOR

Untuk pengetahuan anda, Yayasan Selangor telah membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah untuk Sesi September 2021 khusus kepada pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja) dalam negara yang telah memenuhi syarat kelayakan.

Kepada Pemegang Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor berpeluang untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga 100% daripada jumlah pembiayaan sekiranya mereka dapat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh yang sepatutnya, tertakluk kepada terma dan syarat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN UBAH SELANGOR SESI SEPTEMBER

  1. Pemohon adalah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun serta mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri/Penghulu/Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.
  3. Pendapatan per kapita keluarga di bawah RM 3,000.00.
  4. Pelajar mestilah belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.
  5. Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS serta status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor serta segala keputusan adalah muktamad.

TARIKH TAWARAN

Untuk pengetahuan semua tawaran ini telah dibuka untuk permohonan bermula pada 1 September 2021 sehingga 30 September 2021.

CARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN BOLEH UBAH SELANGOR 2021

  • Pemohon mestilah mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh dimuat turun lalu dicetak di pautan: Borang Pinjaman Pelajaran YS
  • Untuk borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah dihantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum tarikh tutup tawaran di alamat seperti yang berikut:
    • Bahagian Pembiayaan Pendidikan,
      Yayasan Selangor,
      Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
      No.18A, Persiaran Barat,
      46000 Petaling Jaya,
      Selangor Darul Ehsan.

Sebarang pertanyaan atau info yang lebih  lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor melalui telefon atau email berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat, kaedah serta borang permohonan, anda boleh layari laman web rasmi Yayasan Selangor di pautan http://yayasanselangor.org.my/.

Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan siaran media ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Selangor di talian 03-76691 118/210/117, email: [email protected]

Leave a Comment