Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz & SABK Pengambilan 2022

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI PERMOHONAN KE TINGKATAN 6 (ALIRAN TAHFIZ) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) & SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) AMBILAN TAHUN 2022

Semua lepasan SPM 2021 sekolah KPM dan Sekolah Swasta yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz dan Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK).

Permohonan Tingkatan6 1

SENARAI PUSAT TINGKATAN 6

Untuk pengetahuan anda, semua lepasan SPM 2021 sekolah KPM & Sekolah Swasta yang berkelayakan telah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz & Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK).

Ini merupakan senarai pusat Tingkatan Enam yang telah menawarkan STPM aliran tahfiz adalah seperti berikut:

  • SMK Agama Putrajaya
  • SMK Agama Kedah
  • SMK Agama Kerian
  • SMK Agama Maahad Muar
  • SMK Agama Tok Bachok
  • SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail
  • SMK Agama Kota Kinabalu
  • SM Imtiaz YT Kemaman
  • SMK Agama Sheikh Hj. Othman Abd Wahab

SYARAT PERMOHONAN

Untuk syarat yang telah ditetapkan pula untuk pengambilan calon adalah seperti berikut:

  1. Dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  2. Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/Maharat al-Quran/sekurang-kurangnya gred C.
  4. Kepada murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Usul al-Din/Al-Syariah/Manahij al-‘Ulum al-Islamiah/Turath al-Quran dan al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah.
  5. Murid yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah al- ‘Arabiah al-Mu’asirah/Al-Adab wa al-Balaghah/Turath Bahasa Arab dan;
  6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk dan diperakui oleh sekolah atau institusi tahfiz.
  7. Bersetuju untuk mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Jun 2022.

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan melalui pautan yang berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfudl-5ma99EMw0SqkjdrD7g_vNWR8CGuD4L6mLz04EMgGzeQ/viewform

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temu duga akan dimaklumkan oleh SPI Jabatan Pendidikan Negeri melalui laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri yang dimohon.

Calon yang gagal boleh mengemukakan surat rayuan ke SPI Jabatan Pendidikan Negeri tempat dimana calon menghadiri temuduga yang lalu bermula 14 Julai 2022 hingga 21 Julai 2022.

Leave a Comment