Sukacita dimaklumkan kepada anda bahawa Darul Quran telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 bagi Tahun 2022.
Berikut kami akan kongsikan info lanjut mengenai permohonan menduduki peperiksaan ini serta maklumat penting yang berkaitan dengannya.
Isi Kandungan
PENGENALAN DARUL QURAN
Untuk makluman anda, Darul Quran merupakan sebuah institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang telah bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
PENGENALAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA
Untuk pengetahuan anda, STM adalah untuk para hafiz/hafizah yang SUDAH KHATAM hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan juga ingin memiliki Sijil Tahfiz yang telah diiktiraf oleh kerajaan.
JAKIM telah pun memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pada tahun 2011. Pemberian sijil ini adalah sebagai satu pengiktirafan Kerajaan malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz sebanyak 20 juzuk al-Quran.
Program ini telah dibuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
MANFAAT SIJIL TAHFIZ MALAYSIA
- Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
- Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.
SYARAT PERMOHONAN
- Mestilah Warganegara Malaysia.
- Berumur 17 tahun dan ke atas.
- Telah menghafaz sebanyak 30 juzuk al-Quran.
- Mengemukakan surat pengesahan rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi.
Yuran Untuk Permohonan
Sebanyak RM150 untuk setiap permohonan.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 2 Tahun 2022
Darul Quran telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz_Malaysia (STM) Siri 2 untuk tahun 2022.
Tarikh akhir untuk menghantar borang permohonan STM adalah pada 30 Ogos 2022
JADUAL PEPERIKSAAN
BIL | PERKARA | TARIKH |
1. | Iklan STM Siri 2 Tahun 2022 | 7 Jun 2022 |
2. | Tarikh Akhir Hantar Borang Permohonan STM | 30 Ogos 2022 |
3. | Tarikh Semak Kelayakan Menduduki Peperiksaan (melalui website) | 15 September 2022 |
4. | Tarikh Peperiksaan | 4 Oktober 2022 |
5. | Tarikh Semak Keputusan(Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran) | 18 November 2022 |
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh ke laman web di pautan https://www.darulquran.gov.my
- Darul Quran JAKIM
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan - +603-60635333
- +603-60645497
- [email protected]
- 3.5419254,101.6645984
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen di bawah.