Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 Kini Telah Dibuka

MAKLUMAN MENGENAI PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN 2022 KINI DIBUKA

Untuk pengetahuan anda, rintihan masyarakat yang utama adalah kesukaran untuk memiliki rumah kerana terdapat peningkatan harga yang ketara.

Salah satu jalan penyelesaian yang wajar adalah dengan mewujudkan perumahan mampu milik dalam setiap kawasan pembangunan perumahan.

Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah menggariskan empat perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu:

  • Komponen pembangunan dan harga perumahan.
  • Komposisi pembangunan perumahan.
  • Keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan.
  • Kuota bumiputera.

Perumahan Mampu Milik 1

Terkini, Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan 2022 Type A telah dibuka untuk permohonan.

Permohonan telah dibuka kepada semua khususnya yang menetap di Negeri Sembilan dan juga memenuhi syarat-syarat seperti bawah.

Permohonan RMM 1

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

Untuk pengetahuan anda, Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Berharga RM80,000 di Taman Kirby, Mukim Labu, Daerah Seremban kini telah dibuka.

SYARAT PERMOHONAN:

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan.
  • Pemohon wajib mempunyai pendapatan tetap dan juga bekerja.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban dan sudah berkahwin.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang BELUM memiliki rumah atau tanah.
  • Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak serta-merta.
  • Permohonan boleh dilakukan iaitu dengan melalui pautan https://forms.gle/Zsh8g1HKnKuKsUdC7 atau anda boleh lakukan dengan melalui imbasan QR Code yang telah disediakan.

Kepada pemohon yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkenaan syarat permohonan dalam pautan yang telah disediakan.

Tarikh buka permohonan adalah pada 13 Jun 2022 (Isnin) dan permohonan akan ditutup pada 26 Jun 2022 (Ahad).

Untuk makluman anda, majlis pecah tanah bagi projek ini telah dilangsungkan pada 23 Mei lalu dan akan dijangka siap pada Februari 2024.

Bahagian Perumahan 1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di pautan:

https://www.facebook.com/dsaminuddinharun/posts/565692288251195

Leave a Comment