Tarikh Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

MAKLUMAN MENGENAI PERMOHONAN RAYUAN BKM ONLINE (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022).

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kerajaan, Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mula dibayar bermula pada 28 Mac 2022 bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Kepada penerima yang tiada akaun bank pula, bayaran akan disalurkan mulai pada 30 Mac 2022.

Bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 akan diterima berdasarkan dengan kelayakan mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Dengan pemberian bantuan ini diharapkan agar dapat meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan nanti.

PERMOHONAN RAYUAN BKM

Untuk pengetahuan anda, kepada mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia, atau mendapat status TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat rayuan.

Untuk permohonan rayuan akan dibuka secara atas talian (online) bermula pada 2 Mei 2022.

Anda boleh ke pautan berikut untuk permohonan:

https://bkm.hasil.gov.my/

Anda perlu menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula oleh LHDN.

TARIKH BAYARAN BKM

Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mula dibayar bermula pada 28 Mac 2022 bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Kepada penerima yang tiada akaun bank pula, bayaran akan disalurkan mulai pada 30 Mac 2022.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BKM

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti yang berikut:

i. Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin.
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang:

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
  • Had umur adalah 21-59 tahun.
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Leave a Comment