Permohonan Projek Pertanian Bagi Usahawan & Usahawan Tani 2023

Sukacita dimaklumkan mengenai Permohonan Projek Pertanian bagi Usahawan dan Usahawan Tani Negeri Kelantan telah dibuka bagi tahun 2023 tertakhluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bagi permohonan yang lengkap dan berjaya sahaja akan dihubungi oleh Pejabat Pertanian Jajahan.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai permohonan tersebut.



PENGENALAN PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN

Untuk pengetahuan anda, Permohonan Projek Pertanian 2023 telah melibatkan senarai projek seperti berikut:

    • Pembangunan Tanah Terbiar
    • Pembangunan Industri Padi
    • Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi
    • Pembangunan Industri Kecil & Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti Hiliran
    • Pembangunan Usahawan Tani
    • Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka Panjang
    • Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Jangka Pendek
    • Projek Pembangunan Tanaman Sayuran
    • Pembangunan Industri Tanaman Kelapa
    • Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)
    • Projek Pembangunan Industri Cendawan
    • Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
    • Program Pembangunan Pertanian Komuniti
    • Program Pembangunan Tanaman Herba




SYARAT PERMOHONAN

    • Berumur mestilah melebihi 18 tahun keatas.
    • Mempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar).
    • Mempunyai geran/surat perjanjian/surat kebenaran mengusahakan tanah.
    • Sekiranya pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.
    • Permohonan industri kecil dan juga yang sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediaman.
    • Borang permohonan hendaklah mendapat sokongan daripada penghulu mukim kawasan projek.
    • Borang permohonan yang lengkap mestilah dihantar ke pejabat pertanian jajahan beserta dengan salinan kad pengenalan, salinan geran tanah/surat kebenaran.



CARA MOHON

Anda boleh Sqan QR kod yang tertera pada gambar yang ada di bawah.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN




Tarikh akhir permohonan pada 15 September 2022. Mohon sekarang!

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi Jabatan Pertanian Negeri Kelantan melalui saluran berikut:

  • Telefon: 09-744 2400
  • Pejabat Pertanian Jajahan di talian:
    • Bachok: 09 – 7788 267
    • Jeli: 09 – 944 0337
    • Gua Musang: 09- 912 1230
    • Kota Bharu: 09 – 746 2932
    • Kuala Krai: 09 – 966 6192
    • Pasir Mas: 09 – 790 9137
    • Machang: 09 – 975 1381
    • Pasir Puteh: 09 – 786 6097
    • Tanah Merah: 09 – 955 6337
    • Tumpat: 09 – 725 7343
    • Lojing: 09 – 922 1963

Laman web: https://jpkn.kelantan.gov.my

Leave a Comment