Permohonan MRSM Bagi Tahun 2022 Secara Online Bagi Tingkatan 1 & 4

Makluman anda semua khas kepada ibu bapa, pelajar serta penjaga, permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2022 kini telah dibuka dari 29 Ogos hingga 5 November 2021.

Untuk pengetahuan anda, untuk kemasukan ke MRSM pada tahun 2021 mewajibkan calon agar dapat menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk menguji potensi calon serta minat calon, yang membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Untuk pemohon yang telah memohon program Ulul Albab, mereka diwajibkan untuk menduduki ujian hafazan sebagai salah satu syarat tambahan.

Calon mestilah lulus keempat-empat UKKM bagi melayakkan diri dipertimbangkan untuk memasuki MRSM dan keutamaan telah diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Berikut merupakan maklumat yang lebih lanjut mengenai syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

PENGENALAN MENGENAI MRSM

Untuk pengetahuan anda semua, MRSM telah ditubuhkan selaras dengan matlamat serta keperluan negara bagi memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik serta intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka

PROGRAM YANG TELAH DITAWARKAN DI MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti

Terdapat 6 program yang dilaksanakan di MRSM seperti yang berikut:

  • Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
  • Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
  • IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM.
  • IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM.
  • Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan.
  • PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM.

PERMOHONAN MRSM TAHUN 2022

Untuk pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA telah mempelawa pelajar tahun 6 serta tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri dan aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan bagi pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori yang pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN UMUM

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon atas talian (online).
  • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.

LOKASI MRSM

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang telah disenaraikan dalam rajah di bawah ini:

TERIKH PERMOHONAN

Untuk tarikh permohonan bermula 29 Ogos sehingga 5 November 2021.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN MRSM 2022 BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 & 4

Berikut merupakan langkah untuk membuat permohonan MRSM bagi calon yang bakal menduduki Tingkatan 1 pada tahun 2021.

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/
  2. Pastikan anda telah membaca serta memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI.
  3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Kepada pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM

Kepada semua calon hendak menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Kepada pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda dikehendaki untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) serta Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.

Tempoh Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM adalah selama 2 jam yang merangkumi 4 subjek.

UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang telah dinyatakan dalam sistem permohonan.

UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan serta salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) serta slip menduduki UKKM.

Kepada pemohon akan dimaklumkan berkaitan mengenai UKKM melalui SMS dan pemohon diminta agar menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

MAKLUMAT LANJUT

Sila layari portal MARA:
http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel: [email protected]

Leave a Comment