Permohonan Pengambilan Pelatih Baru GIATMARA Pengambilan Julai 2022 Secara Online

Sukacita dimaklumkan mengenai Permohonan GIATMARA 2022 ambilan Julai 2022 kini telah dibuka untuk yang berminat. Anda boleh memohon secara online sahaja.

Tahukah anda mengenai GIAT MARA dan apakah kursus yang telah ditawarkan secara khusus di seluruh Malaysia?

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai GIAT MARA dan juga cara pendaftarannya untuk ambilan tahun 2022 yang baru dibuka.

PENGENALAN GIATMARA

Untuk pengetahuan anda, GIAT MARA adalah sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar yang berumur 15 tahun ke atas.

Pelajar lepasan program ini mampu untuk memenuhi keperluan industri dan juga ekonomi di seluruh negara.

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan juga di dalam bandar untuk membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan untuk menjadi tenaga kerja mahir dan juga usahawan teknikal untuk memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan juga dalam negara.

Hal ini membolehkan mereka untuk memperolehi kemahiran untuk melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

Pengambilan Pelatih Baru 1

SYARAT PERMOHONAN

  • Merupakan Bumiputera.
  • Berumur 15 Tahun dan ke atas.
  • Sihat tubuh badan.
  • Minat Dalam Bidang Kemahiran Yang Ingin Dipelajari.
  • Telah tamat tingkatan 5 adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.

Sila pastikan anda memohon:

  • Anda akan memohon bagi program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME). Kepada yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME) sila dapatkan borang manual lalu hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA yang berhampiran anda.
  • Anda telah semak senarai kursus yang telah ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia.
  • Anda telah menyemak lokasi GIATMARA yang berhampiran anda.
  • Anda telah mempunyai emel yang sah dan juga anda mestilah ingat kata laluan emel anda.
  • Anda telah menyemak MANUAL PERMOHONAN secara online (rujuk lampiran PDF di bawah ini).

Manual_Pengguna_GSPEL_Pemohon

Anda boleh klik Di SINI untuk mengisi borang permohonan.

KELEBIHAN PROGRAM

  • Kemudahan Latihan.
  • Elaun bulanan sebanyak RM200 (Sepenuh Masa).
  • Sijil Profesional yang telah diiktiraf industri.
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI).
  • Pembangunan Usahawan (Rintis Niaga).

SENARAI KURSUS

Untuk pengetahuan anda, senarai kursus yang telah ditawarkan bagi permohonan GIATMARA 2022 adalah seperti yang berikut:

  1. Kursus Kluster Komputer dan Networking.
  2. Kluster Elektrikal (KEL).
  3. Kursus Kluster Fabrik.
  4. Kluster Elektronik Mekatronik.
  5. Kursus Kluster Kulinari.
  6. Kluster Hospitaliti.
  7. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology.
  8. Kursus Kluster Mekanikal.
  9. Kluster Pembuatan.
  10. Kluster Senibina.
  11. Kursus Kluster Pengangkutan.
  12. Kursus Kluster Creative Media.

Anda boleh rujuk senarai lokasi Pusat Latihan GIATMARA Di SINI.

JENIS SIJIL

  1. Sijil Profesional.
  2. Sijil Kemahiran.
  3. Sijil Modular.
  4. Sijil Teknologi.
  5. Sijil Kehadiran.
  6. Sijil Kemahiran Warisan.
  7. Sijil Perantisan.
  8. Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &.
  9. Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1).
  10. Sijil Kemahiran Malaysia.
  11. Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential.
  12. Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate).
  13. Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity.

Jenis Kursus 1

CARA MOHON

Permohonan GIAT MARA 2022 boleh dilakukan melalui 2 cara yang berikut:

1) Pendaftaran Secara Online:

Untuk membuat pendaftaran anda boleh layari laman web www.giatmara.edu.my atau anda boleh terus isi borang online di pautan http://gspel.giatmara.edu.my/my/utama/aplikasi

Cara Mohon 1

2) Pendaftaran Secara Manual:

Anda perlu muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini sekiranya anda mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.

http://giatmara.edu.my/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-PERMOHONAN-SEPENUH-MASA-GIATMARA.pdf

Borang permohonan secara manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang telah ditawarkan. Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran dengan anda bagi proses pendaftaran secara manual.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran dan juga permohonan GIATMARA 2022, anda boleh hubungi Pusat GIATMARA yang terdekat atau terus ke ibu pejabat GIATMARA di:

WISMA GIAT MARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Leave a Comment