Permohonan Jururawat Lepasan SPM Tahun 2021

Makluman untuk membuat Semakan Permohonan jururawat lepasan spm melalui sijil/diploma latihan separa perubatan 2021, daftar kolej kejururawatan kkm.

Terdapat berita baik bagi pelajar lepasan spm yang berminat untuk menjadi jururawat di Malaysia, anda boleh mohon sekarang untuk program latihan di bawah kkm ini bagi sesi bulan Julai atau bulan Januari. 2 kali setahun untuk sesi kemasukan.

Pada setiap tahun ramai yang telah mohon serta berharap agar dapat berjaya masuk. Masa tidak, sekiranya berjaya diterima peluang menjadi penjawat awam serta kakitangan kerajaan di kkm sangat-sangat tinggi samada bekerja di hospital kerajaan ataupun klinik kesihatan kerajaan.

Sekaligus akan menerima habuan yang lumayan dengan kerja yang tetap, elaun yang tinggi pada setiap bulan, senang untuk membuat loan/pinjaman, tiada sebarang isu serta masalah gaji, dan yang paling penting boleh berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia terutamanya di waktu PKP/COVID 19 ini.

PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Kepada anda yang berminat untuk semak cara mohon, anda boleh tekan di link pautan yang ada di bawah ini:

PERKARA LINK PAUTAN
Permohonan latihan separa perubatan lepasan spm/stpm/stam di portal Suruhanjaya perkhidmatan Awam SPA https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/latihan-separa-perubatan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

  • Untuk syarat kelayakan layak menyertai latihan separa perubatan ini sekiranya anda menyertai sijil pembantu kesihatan, diploma jururawat (nurse), penolong pegawai kesihatan, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai farmasi, anda mesti dapat gred C dan ke atas untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Sains dalam keputusan spm anda.
  • Umur anda mestilah antara 17 hingga 25 tahun.

Sekiranya ingin mendapat lebih kepastian, anda boleh hubungi di nombor telefon di bawah ini.

SENARAI LATIHAN

Terdapat banyak peluang apabila anda dapat menyertai program ini.

Antara program latihan yang telah ditawarkan ialah sijil pembantu kesihatan awam, pembantu pembedahan pergigian, diploma jururawat (nurse), penolong pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai farmasi, jurupulih fisioterapi, juru x-ray (radiografi), juruterapi pergigian, juruteknologi pergigian.

PANGGILAN TEMUDUGA

Sekiranya permohonan anda lulus termasuk juga dengan permohonan jururawat lepasan spm, surat panggilan temuduga (interview) akan anda terima untuk latihan ini.

KEPUTUSAN PERMOHONAN DI KOLEJ KEJURURAWATAN KKM

Anda boleh membuat semakan keputusan permohonan latihan separa perubatan untuk daftar jururawat lepasan spm di kolej kejururawatan kkm bagi diploma/sijil untuk kemasukan sesi bulan Januari 2022 pada bulan Oktober 2021 nanti.

Manakala untuk sesi kemasukan bulan Julai, semakan keputusan anda boleh lakukan pada bulan April.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terdapat sebarang masalah, anda boleh hubungi talian di bawah ini:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPM
Bahagian Pengambilan Khas
Pusat Pentadbiran Kerajaan persekutuan
60520 Putrajaya
No Telefon: 02-88856000

SUMBER: https://www.spa.gov.my

Kami akan mendoakan agar permohonan latihan separa perubatan untuk program jururawat di kolej kejururawatan kkm akan dipermudahkan!

Leave a Comment