Semakan Permohonan Bantuan i Fitri 2022

Untuk makluman kepada rakyat Terengganu, kami akan kongsikan mengenai Semakan Permohonan Bantuan i Fitri 2022 dengan jumlah bayaran ifitri sebanyak RM250 dan RM400.

Satu berita baik kepada rakyat Terengganu berdasarkan dengan pengumuman bajet 2022 terengganu, sejumlah 148,700 akan mendapat insentif duit tunai sebanyak RM250 dan RM400.

Sekiranya anda dalam kategori miskin, anda akan menerima bayaran one-off sebanyak RM250, manakala untuk gaji dan pendapatan anda antara RM2500 sehingga RM5000, anda akan menerima pembayaran iaitu sebanyak RM400 juga secara one-off.

Dengan harapan yang besar bantuan yang akan diberikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak persiapan perayaan Aidilfitri kali ini terutamanya untuk golongan yang berpendapatan serdahana dan rendah.

Yang bagusnya lagi, kelulusan sangat dipermudahkan supaya lebih ramai dapat menikmati bantuan kali ini.

CARA MEMOHON

Untuk pengetahuan rakyat Terengganu anda boleh membuat permohonan sekarang, anda boleh memohon i fitri secara online iaitu dengan melalui link pautan ini, https://ibantuan.terengganu.gov.my tahun 2022.

Permohonan bantuan i-fitri telah dibuka sekarang dan tarikh tutup adalah pada 31 Mac 2022 ini.

Jadi anda jangan berlengah lagi. Bertindak sekarang supaya tiada seorang pun rakyat terengganu yang berkelayakan tidak lepas bayaran ifitri ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN I FITRI

  • Pastikan anda sudah daftar dan juga telah kemaskini maklumat terkini di Profil Rakyat Terengganu PRT 2020, https://profilrakyat.terengganu.gov.my
  • Pastikan anda BUKAN seorang penjawat awam dan kakitangan kerajaan negeri Terengganu.
  • Pastikan anda bukan kontraktor yang sudah berdaftar.
  • Anda seorang pengundi di negeri Terengganu pada ketika ini.
  • Pastikan gaji dan pendapatan anda tidak melibihi dari RM5000 sebulan.
  • Anda sedang tinggal dan juga menetap di negeri Terengganu.
  • Anda mestilah berikan surat perakuan Pendapatan yang mana telah disahkan oleh Pengerusi JKKK sekiranya anda tiada slip gaji pada ketika ini.
  • Pastikan anda bukan peniaga berlesen.

SEMAKAN PERMOHONAN

Anda kini sudah boleh mula membuat semakan kelulusan permohonan i fitri terengganu samada anda lulus (layak) atau tidak dengan log masuk melalui link pautan, https://ibantuan.terengganu.gov dan bayaran mula dilakukan bermula pada 17 April 2022.

Leave a Comment