[Video] “Hormat tempat away” -Dibaling bekas makanan & minuman, penyokong JDT kutip semula masuk plastik sampah

Selain meraikan kemenangan, salah satu perkara yang perlu diterima sebagai seorang penyokong setia adalah teguh, tertib dan matang dalam menerima kekalahan. Sememangnya itu adat dalam satu satu perlawanan.




Antara dua pasukan, pasti ada satu yang meraikan kemenangan dan satu lagi menerima kekalahan.

@gaill_1 santai bah kamurang πŸ˜‚ btw congrats #jdt #sabahfc #fyp ♬ DJ Sampai Kapan Kau Gantung Cerita Cintaku – MASTER RMX

Salah satu perkara yang menarik perhatian penulis untuk berkongsi adalah sikap matang yang ditonjolkan ‘pemain ke-12’ JDT, bergotong royong mengutip semula sampah, bekas mananan dan minuman sejurus selepas tamat perlawanan Sabah menentang JDT di Likas semalam.



Melalui sebuah klip video singkat yang dikongsi pada aplikasi TikTok @igattt00 memaparkan sekumpulan penyokong merah biru bergotong royong memasukkan semula sampah sarap ke dalam plastik sampah.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih 28,300 Likes, 891 Comment dan 347 Share.

@igattt00Hormat tempat Away πŸ™ πŸ”΄πŸ”΅β™¬ original sound – Igat πŸ”΄πŸ”΅

Rata rata warganet memuji sikap terpuji tersebut dan ia sebagai perkara yang wajar diteladani setiap lapisan masyarakat. Terdapat juga yang memohon maaf kepada penyokong JDT berikutan insiden kekecohan yang berlaku antara segelintir penyokong sejurus selepas tamat perlawanan semalam.

Penyokong Sabah Minta Maaf

Perlawanan Sabah menentang JDT berkesudahan dengan keputusan memihak kepada JDT 2-1. Gol Sabah terhasil melalui jaringan Park Tae Su manakala Fernando Forestieri menoktahkan kemenangan JDT dengan menyumbat 2 gol.



Stadium Likas menyaksikan kehadiran ‘full house’ 30,000 penyokong Sabah malam semalam.

Leave a Comment