Cara Mohon Pengecualian Fi LKM Untuk Kenderaan OKU

CARA MOHON PENGECUALIAN Fi LKM BAGI KENDERAAN MILIK ORANG KURANG UPAYA (OKU) 2022.

Untuk makluman mengenai permohonan bagi pengecualian Fi LKM untuk kenderaan milik Orang Kurang Upaya (OKU) kini dibuka.

Insentif ini selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan iaitu dengan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Bajet 2022 tempoh hari.

Kepada pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ bagi memohon pengecualian atau mendapatkan rebet dengan amaun yang telah ditetapkan.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai pelaksanaan insentif Pengecualian LKM bagi kenderaan OKU di bawah Bajet 2022.

Untuk permohonan pengecualian ini boleh dibuat bermula 15 Mac 2022.

PENGENALAN PENGECUALIAN LKM BAGI KENDERAAN OKU

Untuk pengetahuan anda, selaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan milik Orang Kelainan Upaya (OKU).

SYARAT KELAYAKAN MOHON PENGECUALIAN Fi LKM

  • Bagi kenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya untuk Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan juga Kereta Nasional sahaja.
  • Mestilah didaftarkan dan juga dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut, serta individu OKU mestilah sudah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Pengecualian juga akan dipanjangkan kepada kenderaan motor yang telah didaftarkan/dimiliki oleh ibubapa/penjaga yang berdaftar dan juga mempunyai anak OKU serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU, dengan syarat individu OKU terbabit juga telah berdaftar dengan JKM.

CARA MEMOHON

Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk mendapatkan pengecualian ini adalah mulai pada 15 Mac 2022.

Kepada pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ berdekatan untuk urusan yang berikut:

  • Menyerahkan semula LKM dan juga berhak dibayar rebet dengan apa-apa amaun yang telah ditetapkan.
  • Memohon pengecualian Fi LKM mengikut perincian di atas.

Perlu pastikan bahawa pemohon membawa bersama dokumen-dokumen yang berikut untuk melakukan permohonan pengecualian Fi LKM di kaunter JPJ:

  • Kad OKU
  • Kad Pengenalan
  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) (Roadtax)
  • Dokumen berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan untuk di ajukan berkaitan dengan Insentif Pengecualian Fi LKM bagi Kenderaan OKU, anda boleh menghubungi:

Leave a Comment