Permohonan Awal Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 196/2022 Secara Atas Talian

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI PERMOHONAN AWAL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 196 TAHUN 2022 SECARA ATAS TALIAN

Dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Siri 196 Lelaki Tahun 2022 atas talian telah pun dibuka.

Kepada pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.



Anda boleh rujuk artikel ini dengan selanjutnya untuk melihat syarat-syarat dan juga kelebihan serta kemudahan yang telah ditawarkan apabila menyertai Tentera Darat Malaysia.

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT MALAYSIA SIRI 196/2022

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 196 Lelaki untuk Tahun 2022 atas talian telah dibuka mulai 1 Julai sehingga 31 Julai 2022.




Pemilihan Perajurit Muda 1 1

SYARAT PERMOHONAN



  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
  3. Penglihatan:
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap.
    • Tidak rabun warna.
  4. Pendengaran:
    • Tahap pendengaran yang sangat baik tanpa alat bantuan pendengaran
  5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  6. Taraf kesihatan:
      • sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan yang serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan juga tidak mempunyai penyakit keturunan.




SYARAT FIZIKAL

  1. Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m.
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m.
  2. Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg.
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg.
  3. Indeks Jisim Badan (BMI):
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0.

SYARAT AKADEMIK

  1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan yang setaraf.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN dalam subjek seperti berikut:
    • Bahasa Melayu.
    • Bahasa Inggeris.
    • Sains.
    • Matematik.
    • Sejarah.

SYARAT KELAYAKAN TAMBAHAN

  1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan juga boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

KEPADA CALON YANG DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN TERAKHIR SEPERTI DI BAWAH

  1. Pemeriksaan Kesihatan.
  2. Ujian Kecergasan:
    • Larian 2.4 KM – 14 minit.
    • Tekan Tubi – 40 kali.
    • Bangkit Tubi – 45 kali.
  3. Ujian Bertulis:
    • Ujian Kecerdasan (IQ).
    • Ujian Psikologi.
    • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam).

GAJI MENGIKUT KELAYAKAN AKADEMIK




  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang telah diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,459.00].
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang telah diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,564.00].
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang telah diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang telah diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,696.02].
  5. DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,894.05].
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM2,026.07].

KEMUDAHAN & ELAUN

KEMUDAHAN:

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer.
  • Rawatan Perubatan.
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera.
  • Peluang melanjutkan pelajaran.
  • Kemudahan Kediaman.

ELAUN:

  • Elaun Sara Hidup.
  • Elaun Khidmat.
  • Bayaran Insentif Khas.
  • Elaun Kepakaran.
  • Elauan Imbuhan Perumahan.
  • Elaun Perjalanan.

TARIKH MEMOHON

Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Julai 2022 dan tarikh akhir permohonan pada 31 Julai 2022.

CARA MOHON



1) Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian (online) di pautan:

Pendaftaran Secara Atas Talian Akan Dibuka Apabila Tarikh Permohonan Telah Dibuka Sahaja.

2) Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan dengan terlebih dahulu sebelum memohon untuk memastikan syarat-syarat kelayakan akan dipatuhi.

3) Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan untuk setiap calon.

4) Calon perlu pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan juga sempurna sebelum dihantar.

5) Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan dengan melalui akaun Pendaftaran Baru/Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

CARA MOHON ONLINE

1) Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:

  1. Pendaftaran Baru/Daftar Masuk: https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe).
  2. Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/

2) Anda perlu mengisi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:

  • NAMA PENUH.
  • NO KAD PENGENALAN.
  • JANTINA.
  • NO TELEFON (Boleh dihubungi).
  • EMAIL (Aktif).
  • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan).
  • Tekan (Click) DAFTAR.
  • (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan).

3) Anda perlu Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan juga Kata Laluan Yang Anda Daftarkan.

4) Lalu anda perlu mengisi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.

5) Setelah selesai maklumat lengkap diisi, calon mestilah tekan butang HANTAR.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi di nombor berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470

Anda juga boleh layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.

Leave a Comment