myPDPP: Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 Secara One-Off

Untuk pengetahuan anda Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini telah mempelawa kepada calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam bagi memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

myPdPP telah dibangunkan untuk membolehkan permohonan PDPP dilaksanakan secara atas talian sahaja.

Untuk semua permohonan adalah merupakan tertakluk kepada dasar kepentingan di Kementerian Pendidikan Malaysia lalu menjadi tanggungjawab kepada individu pemohon untuk memastikan sebarang maklumat yang dikemas kini adalah tepat, sahih, terkini serta diteliti sebelum permohonan dibuat.

Anda mestilah rujuk maklumat lanjut mengenai permohonan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE

1.1. Nama jawatan:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).

1.2. Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:
A. Sekolah Kebangsaan (SK).
B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
C. Sekolah Menengah (Aliran Perdana/Teknik dan Vokasional).

Maklumat Jawatan

1) Jawatan/Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).

2) Gaji untuk permulaan RM2,188.00.

3) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 serta Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016.

4) Layak menerima caruman PERKESO dengan berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 serta surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

Anda boleh rujuk opsyen dalam lampiran di bawah ini:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PPP GRED DG41 (PENGAMBILAN GURU KONTRAK)

Untuk pengetahuan anda syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 (Contract Of Service) seperti:

1) Syarat kelayakan asas:

  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Mestilah Sihat tubuh badan.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam serta luar negara dalam opsyen yang berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50.
  4. Memiliki dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang telah diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
  5. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, mestilah mencapai sekurang-kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).
  6. Kepada pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/Pendidikan Islam/Bahasa Inggeris) mestilah memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.
  7. Untuk pemohon opsyen Tahfiz, mestilah memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  8. Kepada pemohon opsyen Bahasa Semai calon mestilah:
    • Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai.
    • Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut.
    • Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.

Calon Yang Tidak Layak Untuk Memohon:

  • Kepada calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak untuk memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service).
  • Kepada calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah kelolaan KPM.
  • Kepada calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak lalu tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  • Calon yang diisytiharkan bankrap.
  • Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
  • Calon yang telah diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENGAMBILAN KHAS GURU KONTRAK DG41 ONE-OFF MELALUI myPDPP

Untuk pengetahuan anda permohonan hanya akan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPGM di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 27 September 2021 (Isnin)

Kepada calon yang telah didapati memberi maklumat yang salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran lalu akan dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak dengan secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas serta selama tempoh kontrak.

Anda boleh rujuk iklan penuh di bawah:

pengambilan-guru-interim-pdpp

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan Program Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 ini, anda boleh hubungi:

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733

No Fax: 03-8312 6655

Laman web: http://ipgmkpm.net/mypdpp/

Muat turun:

IKLAN PENGAMBILAN
TARIKH-TARIKH PENTING

Leave a Comment