Pengambilan Akademi Kemahiran KEMAS (AKKSI) Julai 2022

Untuk makluman kepada anda, adakah anda berminat dalam bidang jahitan dan juga fesyen? Adakah anda ingin mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia di Akademi Kemahiran KEMAS secara percuma? Anda juga akan menerima elaun bulanan.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Akademi Kemahiran KEMAS ini serta dengan kelebihan program Sijil Kemahiran Malaysia dalam jurusan yang telah ditawarkan.

PENGAMBILAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS

Untuk pengetahuan anda, Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI) telah membuka tawaran Keluarga Malaysia yang berusia 18 hingga 30 tahun yang berminat dengan jahitan untuk mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia dalam Jurusan Pembuatan Pakaian Wanita TAHAP 3 serta Pentadbiran Fesyen Dan Pakaian TAHAP 4 .

Sijil Kemahiran Malaysia ini telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia.

Pengambilan Kemas 1

Kemudahan yang telah disediakan di AKKSI adalah sepeeti yang berikut:

  • Yuran akan ditaja oleh KEMAS.
  • Asrama akan disediakan.
  • Fasiliti pembelajaran akan disediakan.
  • Elaun bulanan:
    • Sijil: RM250
    • Diploma: RM300

SYARAT KELAYAKAN

  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
  3. Kelayakan Akademik SPM/SPM (V)/SPVM:
    • Lulus Bahasa Melayu dan juga Ujian Lisan.
  4. Sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain lagi).
  5. Status Perkahwinan Bujang.
  6. Calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 BidangĀ  Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1 (Mengikut bidang yang dipohon).
  7. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
  8. Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 pula (Eksekutif Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
  9. Bagi calon untuk kemasukan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 (Pengurusan Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki DKM Tahap 4 (Eksekutif Fesyen dan Pakaian).
  10. Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, anda perlu sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003).
  11. Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2022. Tertakluk kepada terma dan syarat.

https://www.kemas.gov.my/wp-content/uploads/2021/11/3.-LAMPIRAN-A-SYARAT-KEMASUKAN-AKKSI.pdf?fbclid=IwAR00QV8K35Bpo4ZKiiHZMHTP8PS2drLUzVMb_gqu0SFWiIGDnCOtAFV_5RY

BORANG PERMOHONAN

Anda boleh megisi borang permohonan online dengan melalui pautan di bawah:

https://drive.google.com/file/d/1EzAiDSMjNrqR9ND3Jq6yDmTERDPZmjZH/view?fbclid=IwAR0kRHAjSCuCozAFQdH8fh4rAO5wPSZoPXI9q0Ldz215_GVrSaQktrGyrsA

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi 05-3712102 (KAMPUS) atau 03-8891 2763 (IBUPEJABAT KEMAS) untuk sebarang kemusykilan.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan