Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022

Sukacita dimaklumkan mengenai Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2022. Kerajaan Negeri Perak dengan melalui Yayasan Perak telah memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai pada tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN-i) di bawah PTPTN.

Berikut kami kongsikan syarat kelayakan dan juga cara memohon Tabung Simpanan Pendidkan Anak Perak 2022.

PENGENALAN TABUNG SIMPANAN ANAK PERAK 2022

Untuk pengetahuan anda, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang telah diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan SSPN-i untuk masa hadapan anak-anak.

Jumlah bantuan adalah pemberian sebanyak RM200 kepada bayi yang telah dilahirkan di Negeri perak mulai tahun 2010.

Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 1

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan telah dibuka sepanjang tahun.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Kepada penerima manfaat (anak) mestilah warganegara Malaysia dan juga kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010.
  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak.
  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan juga TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih 10 tahun,
    • SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim/Ketua Kampung diperlukan
  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun
    • SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim/Ketua Kampung diperlukan
  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) – SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK dari Penghulu Mukim/Ketua Kampung diperlukan.

CARA MOHON

Anda boleh dapati borang permohonan secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN Negeri Perak, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Perak di talian 05 255 2929/253 7779.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau sebarang maklumbalas boleh dibuat melalui:

Leave a Comment