e-Vetting: Cara Mendaftar, Log Masuk Penjawat Awam & Cara Cetak Sijil

Untuk pengetahuan anda e-Vetting adalah langkah kerajaan bagi memastikan semua penjawat awam mempunyai rekod baik sepanjang berkhidmat dengan kerajaan.

E-Vetting juga adalah tapisan keselamatan secara online untuk penjawat awam lantikan baru yang masih lagi dalam tempoh percubaan sebelum di sahkan jawatan penjawat awam.

Selain itu, kontraktor yang ingin masuk bekerja di kawasan keselamatan tahap tinggi seperti loji kilang Petronas misalnya, hendaklah diwajibkan untuk mendaftar dalam sistem e-Vetting sebelum mereka dibenarkan untuk masuk.

PENGENALAN e-VETTING

Untuk makluman anda, e-Vetting mudah difahami adalah satu sistem tapisan keselamatan atas talian yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dibawah seliaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Di bawah sistem ini, untuk setiap individu akan mempunyai rekod atas talian lalu ianya juga membantu kerajaan menghindari unsur-unsur sabotaj, subversif, espionaj serta keganasan.

Di dalam sistem e-Vetting, terdapat 3 jenis permohonan antaranya ialah:

  • Permohonan Individu (Sektor Awam).
  • Permohonan Syarikat/Jabatan.
  • Pengesah Jabatan.

CARA MENDAFTAR e-VETTING

  1. Anda boleh layari laman rasmi e-Vetting di pautan https://evetting.cgso.gov.my/cgso/
  2. Pada bahagian menu, klik “Daftar”.
  3. Pilih jenis pendaftaran lalu pilih jenis ID.
  4. Anda perlu masukkan maklumat yang dikehendaki – ID Pengguna, Nama, Emel serta Imej “Captcha”.
    • Nama dan juga ID Pengguna perlulah sama dengan maklumat pada Kad Pengenalan atau Pasport.
  5. Klik butang “Daftar
    • Sekiranya berjaya, anda akan mendapat satu mesej Pendaftaran Pengguna berjaya. Sila semak emel anda.
  6. Buka emel anda lalu sahkan pendaftaran dengan mengklik pautan yang telah diberikan.
  7. Anda sudah berjaya mendaftar akaun di e-Vetting.

CARA BUAT PERMOHONAN

Setelah anda selesai mendaftar akaun, anda mestilah membuat permohonan dalam sistem e-Vetting.

Anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Log masuk akaun e-Vetting anda.
  2. Pada paparan menu bahagian kiri, klik pada pilihan “Permohonan Baru
  3. Terdapat 7 jenis permohonan iaitu:
    • Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Pentadbiran.
    • Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Lantikan Badan Berkanun.
    • Lantikan Jawatan Keselamatan Berjadual.
    • Tapisan Keselamatan Khas.
    • Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
    • Tapisan Pelajar Tajaan.
    • Lantikan Instalasi (Warganegara).
  4. Sekiranya anda merupakan seorang pekerja swasta, anda perlu pilih pilihan ini
    Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian “Maklumat Profil”:

    • Gambar berukuran pasport.
    • No. Kad Pengenalan Baru.
    • Pekerjaan.
    • Tarikh Lahir.
    • Tempat Lahir.
    • Jantina.
    • Agama.
    • Alamat Tetap.
    • Negeri.
    • Bandar.
    • Poskod.
  5. Lalu masukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian “Maklumat Sayrikat”:
    • No. Pendaftaran Syarikat.
    • Nama syarikat.
  6. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki pada halaman bahagian “Lokasi perkhidmatan
    • Kod Instalasi.
    • Alamat Instalasi.
    • Kedua-dua maklumat ini biasanya akan diberikan oleh tempat/kilang/loji tempat anda bekerja.
  7. Anda perlu mengisi kesemua butiran maklumat yang dikehendaki pada bahagian seterusnya:
    • Maklumat peribadi.
    • Maklumat pasangan.
    • Kesalahan yang menyalahi undang-undang.
    • Perakuan.
  8. Setelah selesai memasukkan kesemua maklumat yang dikehendaki (bertanda *), klik butang “Simpan dan Hantar”.
  9. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman “Pertanyaan Status”.
  10. Klik butang “Cetak Permohonan” sekiranya anda perlu memberikan bukti pendaftaran di sistem e-Vetting kepada majikan atau klien anda.

CARA DAFTAR e-VETTING GURU BARU

Untuk makluman anda, E-vetting adalah tapisan keselamatan secara online untuk penjawat awam lantikan baru yang masih lagi dalam tempoh percubaan. Tempoh percubaan dalam masa 3 tahun sebelum disahkan jawatan penjawat awam.

Cara untuk print dan dapatkan sijil e vetting:

  1. Anda perlu masuk ke laman web evetting.cgso.gov.my
  2. Masukkan ID pengguna (nom ic) dan juga kata laluan (kalau lupa tekan lupa kata laluan dan letak email. Nanti akan dapat ID dan kata laluan baru di email).
  3. Ambil pertanyaan status lalu klik cari.
  4. Klik keputusan yang tiada apa-apa buruk diketahui setakat ini.
  5. Klik cetak sijil.
  6. Anda perlu serahkan kepada kerani sebab masa daftar penempatan dalam surat semak mestilah anda letak sijil e-vetting.

Leave a Comment