Semakan Jadual Pembayaran Pencen Pesara Tentera/Penyata Veteran ATM

Sukacita dimaklumkan mengenai Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2022 MULAI 21 APRIL 2022 secara berperingkat kepada veteran ATM Berpencen dan juga Tidak Berpencen (termasuk balu/duda/anak) yang telah berdaftar sehingga 25 April 2022 – JHEV

Cara Ingin Membuat Semakan Penyata Pembayaran Pencen Bagi Pesara Tentera/Veteran ATM Melalui Portal JHEV

Pembangunan sistem penyata pencen JHEV adalah platform bagi veteran ATM untuk membuat semakan penyata pencen atas talian pada bila-bila masa yang diperlukan.

Sistem yang telah dibangunkan ini akan menggantikan sistem penyata pencen yang lama.

Setakat September 2021 lagi, seramai 100,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang belum lagi berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Kepada mereka yang berkenaan ini dimohon untuk membuat pendaftaran bagi menikmati kemudahan yang telah disediakan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, setakat ini seramai 211,924 veteran ATM yang telah pun berdaftar.

Namun dengan jumlah sebenar yang berada di luar adalah lebih dari 300,000. Dan lebih kurang 100,000 veteran lagi yang belum mendaftar dengan JHEV.

Terdapat kemungkinan juga anak atau ahli keluarga mereka ini juga tidak tahu bapa atau datuknya adalah veteran ATM.

“Sekiranya sudah mendaftar, mereka akan dapat pelbagai kemudahan dari segi kesihatan dan sebagainya yang telah disediakan oleh kementerian dan kerajaan,” katanya.

Sistem ini juga boleh diakses dari luar dimana veteran ATM sendiri boleh memuat turun penyata mereka tanpa melalui pihak JHEV ATM lagi.

Untuk mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen mestilah mempunyai akaun terlebih dahulu.

Fungsi Dan Peranan 1

MANFAAT SISTEM ONLINE JHEV

Antara manfaat sistem online ini adalah seperti yang berikut:

  • Dapat memudahkan veteran untuk menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian.
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan mesra pengguna.
  • Dapat memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) untuk mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV bagi melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.

CARA MEMOHON

  • Anda perlu pergi ke laman web berikut http://penyata.jhev.gov.my/penyata/
  • Kepada pengguna kali pertama mestilah mendaftar akaun terlebih dahulu.
  • Tekan pada menu Pendaftaran.
  • Isikan maklumat yang diperlukan, kemudian tekan hantar.
  • Selepas anda tekan hantar, kemudian tekan OK.
  • Sekiranya pendaftaran anda telah berjaya, halaman akan memberikan notifikasi.
  • Anda perlu simpan kata laluan yang tertera untuk memudahkan anda login ke dalam sistem.
  • Tekan butang [Kembali].

Portal Semakan Data Veteran Tidak Berpencen JHEV ATM

Untuk Veteran Tidak Berpencen JHEV ATM, anda perlu mengikuti langkah berikut:

Butang “Cetak Borang” boleh digunakan bagi tujuan veteran kemaskini maklumat, scan lalu hantar ke JHEV ATM.

Kepada veteran yang mempunyai maklumat tidak lengkap boleh membuat kemasini dengan cara:

  • Menghubungi terus di talian Call Canter JHEV ATM di talian 03 26976600.
  • Hantar dokumen berikut ke talian WHATSAPP JHEV ATM di 016 4020182.
  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) atau Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua mukasurat/Surat Pengesahan Perkhidmatan/Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).
  • Salinan MyKad Veteran ATM.
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif.

CARA MENDAPATKAN PENYATA PENCEN

  • Anda perlu layari portal JHEV SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
  • Masukkan no tentera dan juga kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Anda akan dibawa ke halaman utama.
  • Lalu anda pilih menu SEMAKAN PENYATA.
  • Pilih TAHUN PENYATA.
  • Masukkan kod pengesahan.
  • Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
  • Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah ini.

Cara Mendapatkan 1

Anda juga boleh rujuk manual pengguna: ManualPenggunav1.pdf

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN JHEV 2022

JHEV ATM telah pun menyediakan Sistem Penyata Online untuk memudahkan Veteran ATM sekiranya ingin membuat semakan dan juga muat turun penyata. Sila daftar di pautan ini: https://penyata.jhev.gov.my/penyata/

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/masalah boleh terus emelkan permasalahan dan juga butiran peribadi ke [email protected] atau hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.

Jadual pembayaran pencen tahun 2022 untuk pesara tentera/Veteran ATM adalah seperti yang berikut:

  • Januari: 21/01/2022
  • Februari: 22/02/2022
  • Mac: 22/03/2022
  • April: 21/04/2022
  • Mei: 23/05/2022
  • Jun: 21/06/2022
  • Julai: 21/07/2022
  • Ogos: 22/08/2022
  • September: 20/09/2022
  • Oktober: 13/10/2022
  • November: 22/11/2022
  • Disember: 15/12/2022

Jadual Pembayaran 1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/masalah berkaitan dengan sistem ini, sila emel kepada [email protected]

NOTA: Urusan persaraan tentera tidak dilaksanakan oleh pihak Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA mahupun KWAP.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan